Tak senang duduk dibuatnya bila dikhabarkan crew Al Hijrah akan datang bertandang ke rumah untuk buat liputan tentang Syahmi berikutan dari penganugerahan Bank Rakyat yang lalu. Rumah kami tunggang-langgang, tak berkemas. Rumah sewa, 3 bilik. Biasa-biasa sahaja keadaannya. Terletak di kawasan kampung di Kuala Terengganu, di kelilingi hutan pucuk paku midin.
Selamat datang ke teratak usang kami |
Seminggu ibu Syahmi mengemas rumah, ibu ada sedikit sebanyak simptom OCDnya. Semua kena perfect. Tidak mahu ada cacat-celanya. Akhirnya ibu terbaring kepenatan, seharian mencuci, mengelap lantai, mengelap cermin tingkap, membersihkan ceiling dari sawang-sawangnya. Huhuhu... lelahhhhh
Pada 3.5.2018 yang lalu, berkunjunglah crew TV Al Hijrah ke Kuala Terengganu untuk sebuah tugasan bagi melengkapkan sebuah program yang akan disiarkan pada raya ke tiga. Mereka datang atas tujuan untuk menemubual bekas guru Syahmi ketika di Pra Pendidikan Khas, Cikgu Rosma Jasni, meninjau aktiviti Syahmi di rumah bersama ibu, mendapatkan salinan sijil-sijil pencapaian Syahmi di sekolah juga deretan hadiah dan anugerah yang pernah diperoleh setakat ini.
Cikgu Rosma Jasni sedang ditemubual oleh wartawan TV Al Hijrah di rumahnya |
Abang Firdaus, cameraman TV Al Hijrah sedang memfokus kameranya ke kami anak beranak di sini |
Sebelum berpisah, western food kita malam ni...jommmm |
Terima kasih Al Hijrah.... |
No comments:
Post a Comment