Alhamdulillah, cepat dia menyesuaikan dirinya di tempat baru. Kawan-kawan, guru-guru dan persekitaran baru. 3 minggu dia telah berada di sana. Kawan-kawan sekelas yang sangat membantu, begitu juga guru-guru yang mengajarnya. Diharap keadaan ini berterusan.
Awal-awal lagi kebolehannya diperakui, berada di barisan hadapan menyertai khatam Al Quran sempena Tadarus Ramadan |
Terubat luka di hati ibu apabila melihat si anak dihargai di sini |
Pengalaman manis buat dirinya....semoga kamu bersinar di sana |
Ibu tidak minta kamu ditatang seperti raja, cuma mahu kebolehan kamu dihargai, kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri. Jika segala kebolehan dipandang sepi, maka terbantutlah segala usaha ibu selama ini. Bagaimana kamu hendak maju ke depan, kalau diri kamu hanya sekadar menjadi pemerhati. Tiada siapa yang hirau, tiada yang ambi berat.
Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Semoga kehidupan baru ini dapat membuka lembaran yang lebih positif demi masa depan seorang anak istimewa....InshaAllah
No comments:
Post a Comment