Udah lama laptop yang itu berkhidmat pada ku. Mungkin sudah 'sampai hukum' agaknya, maka dia akan pergi jua akhirnya. Oleh itu kita tutup cerita laptop, teruskan berkongsi pengalaman tentang Syahmi, remaja autisme kini.
Sebulan lebih berhenti menaip di sini, terasa banyak hal yang hendak diceritakan. Kehidupan Syahmi kian berubah di sekolah barunya. Dia sibuk dengan pelbagai aktiviti hingga hujung tahun nampaknya. Kini bulan November, dia sedang mengharungi final exam Tingkatan 4. Sekarang dah di pertengahan musim peperiksaan. Kertas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah telah pun berakhir minggu lepas. Minggu depan selepas cuti Deepavali, bersambung balik dengan kertas Pendidikan Islam, Matematik Moden, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan. Semoga dia boleh cope dengan pembelajaran di Tingkatan Empat yang tentunya lebih sukar dari dulu.
Sekolah dimana Syahmi belajar kini nampaknya lebih menghargai kewujudan anak istimewa di aliran perdana. Sebelum ini saya dah kongsikan beberapa aktiviti yang melibatkan Syahmi. Kali ini saya teruskan memapar gambar-gambar Syahmi dengan aktivitinya yang kekadang di luar jangkauan kami ibubapanya bahawa dia juga mampu melakukannya setelah diberi peluang dan ruang. Terima kasih pihak sekolah.
Sebagai peserta Explorace Teknologi Hijau ke peringkat negeri |
Selesai mengharungi cabaran explorace peringkat negeri Terengganu yang berlangsung di Sek Men Keb Lembah Bidung, Setiu |
Berbincang dalam menyelesaikan task bersama dua pelajar perempuan |
Hampir 4 jam ke hulu ke hilir melewati cabaran di check point yang disediakan penganjur |
ETA Program, Projek Pelajar di Universiti Malaya |
Syahmi di booth SMK Panji Alam bersama 'kumbang-kumbang' yang turut serta dalam program ETA tahun 2018 |
Bersedia menyiapkan alat bantu bersama kawan-kawan untuk dibentangkan semasa program dilangsungkan |
Bersama guru ETA, Teacher Sam di Universiti Malaya |
Syahmi juga terpilih sebagai salah seorang Tokoh Nilam peringkat sekolah kategori Bahasa Inggeris |
Bersama hadiah yang dari pihak sekolah, jam tangan dan senaskhah tafsir Al Quran...alhamdulillah |
Empat pelajar yang dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Sekolah (2 lelaki) Dan Daerah (2 perempuan), Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris |
Sedang beraktiviti bersama kawan-kawannya dalam Program EXXONMOBIL English Camp 2018 |
Program ETA peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Regency, Kuala Ibai, K.T |
Alhamdulillah, terima kasih pada pihak sekolah yang memberi kepercayaan kepada anak kami untuk beraktiviti bersama pelajar tipikal yang lain.Sesungguhnya Allah tidak pernah tersalah alamat untuk mengurniakan sesuatu yang terbaik untuk hamba Nya.
No comments:
Post a Comment