Pages - Menu

Monday, November 21, 2011

Balik Kampung for Raya Qurban

  Balik kampung adalah fenomena biasa bagi kami sekeluarga sebab ayah telah 18 tahun di Kuala Terengganu bekerja mencari rezeki.....Malahan Syahmi juga dilahirkan di sini dan memegang title "anak Terengganu" bumi bertuah dengan limpahan minyaknya....

  Sedangkan hakikatnya  kami berasal dari Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan yang terletak kira-kira 350km dari Kuala Terengganu. Jauh tu jaraknya kalau memandu....lenguh badan dibuatnya sebab perjalanan yang mengambil masa kira-kira 6 jam tanpa henti.

  Raya Qurban baru-baru ni iaitu pada Oktober 2011 yang lalu....kami telah kembali  ke kampung dengan gembiranya...Seperti biasanya Tok dan Opah akan menyediakan lemang untuk menjadi juadah utama di pagi raya bagi tetamu yang datang.....Lemang memang enak dimakan....tapi harus diingat bahawa proses untuk menghasilkannya amat merumitkan. Hanya golongan veteran saja yang masih mempunyai skill yang baik untuk mendapatkan lemang yang betul-betul sedap....



  Opah dalam usia 79 tahun... tapi masih bersemangat untuk membuat lemang sambil dibantu oleh ayah, ibu dan aunty juga uncle di kampung...Syahmi pun tidak ketinggalan....membantu tapi ada kalanya jadi "Pak Sibuk".  Pengalaman  yang amat menggembirakan dan adventure sikit sebab bermain dengan kehangatan bara api yang agak lama iaitu kira-kira 3 jam untuk menghasilkan lemang yang cun rasanya...

  Hasilnya memang menjilat jari ....berbeda sekali jika dibandingkan dengan lemang-lemang yang dijual di tepi-tepi jalan...Sudahlah harganya mahal iaitu RM13 sebatang.....rasanya belum pasti selazat lemang Opah kesayangan kami...

  Kalau ada lemang memang tak sah kalau tak disediakan rendang....Umpama lagu dan irama yang tidak boleh dipisahkan. Rendang lebih mudah disediakan jika dibanding dengan lemang. Lebih singkat masa yang diambil untuk menghasilkannya...Ayah juga pakar membuat rendang....bahan-bahan utama seperti ayam, santan secukupnya, cili kering yang dikisar serta hirisan halus bawang merah,halia, serai,daun kunyit dan jangan lupa sekeping asam gelugur dimasak di dalam kuali besar selama sejam....Jangan dibiarkan hangus, selalulah dikacau sehingga sekampung boleh menghidu aromanya...

  Balik kampung memang menyeronokkan sebab dapat bertemu saudara mara....tapi bila masa nak berangkat balik semula ke Kuala Terengganu....inilah ketika yang amat menyedihkan. Kesian Tok dan Opah yang ditinggalkan berdua di kampung dan kami sekeluarga berjanji akan sering balik untuk menziarahi keduanya yang telah uzur....Air tangan Opah memang tiada bandingannya even dengan chef-chef yang ternama....Jumpa lagi ya....Tok dan Opah we love you......

No comments:

Post a Comment