Pages - Menu

Tuesday, November 22, 2011

Cuti-cuti lagi....

Cuti sekolah amat dinanti.....selesai final exam, buku teks pun dah dipulangkan sementara buku teks untuk tahun depan pun telah dterima....maka bermulalah erti kemerdekaan bagi Syahmi...Merdeka dari rutin seorang pelajar aje....aspek kehidupan yang lain tetap seperti biasa.

Kebetulan ayah pun mengambil cuti panjang pada hujung-hujung tahun ni. Aktiviti Syahmi tentunya berkisar tentang internet dimana anak ini akan mengadap laptop selama mungkin. Inilah tugas ayah dalam masa cuti beliau untuk menjadi 'pengawas' kepada aktiviti Syahmi.

Mungkin dengan ibu Syahmi boleh banyak 'songhel'....tapi dengan ketegasan ayah.....sorry Syahmi, anda mesti menurut peratuan-peraturan tertentu demi masa depan kamu. Mandi kena on time....main komputer kena ikut masa...dan berbagai peraturan yang membuat Syahmi 'boring' katanya.

Melayari internet tentunya berkisar pada topic yang diminati, cerita-cerita tentang astronaut dan angkasalepas...Penat mengadap laptop aktiviti bertukar kepada melukis...Namun segalanya banyak berkisar tentang alam angkasalepas.






Di sebelah, adalah antara hasil tangan Syahmi yang dilakar secara sepontan melalui apa yang dipelajari menerusi internet. Amat menakjubkan kerana Syahmi boleh mengingati satu persatu pergerakan roket hanya melalui ingatannya sahaja tanpa merujuk kepada bahan secara langsung.

  




Sementara lukisan yang seterusnya adalah antara hasil dari minatnya yang mendalam terhadap angkasawan negara kita Datuk Syeikh Muzaffar Syukur serta meneliti dari video-video pelancaran Soyuz yang membawa angkasawan pertama negara kita ke ISS (International Space Station).

 

Setelah penat melukis...aktiviti yang seterusnya ialah menyusunatur bahan-bahan dari puluhan toys kesayangan mengikut minat Syahmi. Kadang-kadang ibu boleh hilang sabar dengan aktiviti ini sebab jika tidak dikawalselia sebaiknya, boleh menyebabkan sesiapa menjerit kesakitan dek kerana kaki yang terpijak dengan objek-objek kecil ini. Sabar aje lah...


Sebagai ibubapa serta ahli keluarga kepada insan istimewa ini, seharusnya kita memperbanyakkan ilmu tentang anugerah Tuhan ini supaya kita dapat memahami setiap tindak tanduk serta pemikiran mereka yang dianggap pelik di kalangan masyarakat persekitaran. Terimalah seadanya 'anugerah' ini dan gilap bakat yang ada pada mereka....man jadda wajadda...kerana Tuhan maha adil pada makhlukNya....InsyaAllah..





  

1 comment:

  1. kanak2 autism mempunyai memory 1 terrabytes..good luck Syahmi

    ReplyDelete