|
Welcome 2012 |
Pejam celik...pejam celik cuti sekolah sudah sampai ke penghujungnya. Tahun baru kian menghampiri, 2011 akan melabuhkan tirainya, selamat datang 2012. Masa yang berlalu tidak akan datang kembali tapi segala detik-detik yang dilalui menjadi ingatan dan kenangan supaya yang baik boleh dijadikan teladan manakala yang buruk jadikan sempadan.
Seperti biasanya, tiap kali December datang pasti kita akan mengambil peluang untuk bercuti seperti melancong ke tempat-tempat menarik bersama keluarga. Tapi tahun ini, Syahmi terpaksa melupakan kebiasaan itu sebab jadual kita sekeluarga yang bercanggah antara satu sama lain yang membantutkan segala program percutian. Ayah sibuk dengan kursus di luar kawasan sementara si abang dengan Jambori Pengakapnya. Syahmi juga menghadiri kelas tuition oleh pihak sekolah yang diadakan selama seminggu walaupun kedatangan bukan kemestian. Lagi membimbangkan musim tengkujuh di pantai timur ni dengan tiupan angin yang kuat dan hujan berpanjangan. InsyaAllah...ayah janji cuti sekolah bulan March 2012 nanti kita boleh meneruskan program cuti-cuti 1 Malaysia.
|
Pelbagai pilihan |
|
Baju: Saiz 13.5, Seluar: Saiz 26 |
Namun, persiapan untuk ke sekolah bagi sesi 2012 kena dilakukan walau terpaksa meredah hujan. Segalanya disediakan bagi menaikkan 'mood' anak-anak untuk ke sekolah. Ronda-ronda sekitar bandar Kuala Terengganu ni untuk mendapatkan segala keperluan persekolahan. Kebiasaannya pakaian sekolah Syahmi akan disediakan sebanyak dua pasang. Nampaknya kali ini saiz pakaian Syahmi semuanya bertambah besar samada baju atau seluar sekolah. Memang dia put on weight semenjak cuti sekolah ini sebab kurang aktiviti luar rumah. Makan pun amat berselera. Harap-harapnya, bila bersekolah nanti boleh turun sikit berat badan tu sebab banyak aktiviti sukan dijalankan. Cuti sekolah ni saya ada mengukur ketinggian Syahmi iaitu 133cm sementara timbangan berat badannya 37kg. Mesin tu kata stabil...tapi kami nampak macam berisi jer...
|
Banyaknya pilihan... |
|
Beg Sekolah Ku! |
Beg sekolah pula, nampaknya Syahmi memilih warna merah. Merah tanda berani tau! Berani mengharungi cabaran 2012. Biasanya Syahmi tidak cerewet untuk kita memenuhi pilihan hatinya. Cuma kalau ronda-ronda mencari keperluan tu, janganlah lama sangat. Tentu dia cepat 'boring'. Bila dia pointed out jer pilihannya yang mana satu....kira terus jadilah... Sebagai ibubapa anak autisme ni, kita kena faham anak kita ada masalah untuk mengawal emosinya. Sedikit sebanyak tantrumnya tetap ada....Manusia normal pun akan naik angin kalau berjalan dalam keadaan bersesak-sesak untuk membeli-belah.
|
Pilih yang mana sesuai |
|
Kiki Lala tahun ni! |
Bila sebut pasal kasut ni....dulu-dulu kasut Bata lah yang terbaik di pasaran. Cuma sekarang ni banyak pilihan jenama lain yang menyaingi jenama Bata. Apa kata kita cuba Kiki Lala pulak tahun ni Syahmi! Sebelum memulakan sesi persekolahan ni, ayah kena suruh tukang kasut di tepi-tepi jalan tu tolong jahitkan sekelilingnya dulu. Takut nanti musim-musim hujan ni...tak sampai sebulan dua, dah ternganga macam mulut buaya yang kelaparan. Sebagai langkah berjaga-jagalah katakan. Kasut sekolah jenis berzap-on ni lebih mudah dan cepat dipakai dari kasut jenis bertali. Orang dulu-dulu pakai kasut getah jer. Ayah pun ada pakai kasut getah zaman awal-awal sekolah tahun 70an dulu. Nak buat macam mana....itu yang Tok kita mampu sediakan. Bila hujan, semerbak baunya sebab kasut diperbuat dari getah kemudian bergabung dengan air yang bertakung di dalamnya...Kenangan lama ayah tu Syahmi...huhuhu
|
Alat Tulis |
Selesai dengan pakaian sekolahnya, tentulah kali ini giliran kedai alat tulis diserbu. Pilihannya kali ini sejenis pensil case yang berzip dan enggan menggunakan pensil box. Kata Syahmi, pensil box cepat rosak. Pensil warna pula tentulah brand Faber Castell. Pensil tulis pun jenis yang sama begitu juga dengan pemadam dan pengasah pensil. Bagi murid sekolah peringkat rendah ni, gam amat penting sebab banyak aktiviti menggunting dan menampal samada dalam kelas Pendidikan Seni mahupun matapelajaran teras yang lain semasa membuat latihan. Untuk kemudahan Syahmi, lebih baik digunakan jenis 'glue stick' sebab gam cair akan membuat buku latihannya basah lenjun dan lekat melekat antara satu sama lain. Ini yang membikin Syahmi kurang sabar. Gunting, keperluan yang sering ibubapa lupa untuk mengadakannya. susah nanti nak pinjam meminjam bila guru mengkehendakinya. Sementara buku latihan akan dibeli melalui koperasi sekolah.
Rasanya, segala keperluan telah disediakan....kalau ada yang tertinggal pun satu dua item yang boleh dibeli kemudian. Berdebar menunggu Syahmi yang akan masuk ke tahap dua persekolahan dengan aktiviti ko-kurikulum, sukan dan sebagainya. Adakah Syahmi boleh mengikuti dan memberikan kerjasama terhadap arahan guru-gurunya nanti? Persoalan yang sering menghantui fikiran kami ibubapanya setiap kali sesi persekolahan bermula. Semoga Syahmi mendapat kekuatan dariNya bagi mengharungi musim persekolahan 2012 di Tahun 4 Al Ghazali, Sek Keb Seri Budiman II, Kuala Terengganu......Selamat menyambut tahun baru!
|
Buat Renungan Bersama |
No comments:
Post a Comment