Sek Keb Seri Budiman II |
Di negara kita, anak-anak istimewa (masalah pembelajaran) yang mempunyai keupayaan dalam pelajaran adalah berpeluang untuk menyertai kelas di aliran perdana secara inklusif di sekolah-sekolah harian kerajaan. Mereka harus bersaing dengan pelajar normal yang lain walaupun terdapat kekangan semulajadi yang ada apa diri masing-masing yang harus diatasi atas bantuan guru-guru dan rakan-rakan.
Kelas 1 Al Ghazali |
Atas usaha beliau yang tidak pernah jemu melayan tangis dan kerenah Syahmi yang akhirnya sedikit demi sedikit dapat menyesuaikan diri untuk berada di kelas aliran perdana secara inklusif. Penat lelah serta jasa guru ini tidak dapat dilupakan. Perbezaan agama dan bangsa tidak menjadi sempadan kepada beliau untuk mencurahkan bakti.
Syahmi - 1 Al Ghazali 2009 |
Sayangnya guru yang sangat berdedikasi ini telah bertukar ke sekolah lain yang lebih memerlukan khidmatnya ketika Syahmi memulakan pelajarannya di Tahun 3 Al Ghazali iaitu pada Januari 2011. Pertukaran guru yang disayangi ini amat dirasai, terutamanya bagi kami ibubapa dan lebih-lebih lagi bagi anak didik beliau, Syahmi. Namun usaha harus diteruskan untuk masa depan Syahmi.
Teacher Ling yang menjadi kesayangan anak-anak muridnya... |
Semoga lebih ramai lagi pendidik seperti Teacher Hua Hwee Ling dapat dilahirkan dalam sistem Pendidikan Khas negara kita. Harapan yang menggunung dari kami ibubapa serta anak istimewa kami kepada golongan pendidik yang berkaliber sepertinya akan memberi sinar baru dalam kehidupan. Jasa mu tetap dikenang....bakti mu menjadi sanjungan..
Guru2 terlatih yg sentiasa berdamping dgn anak2 autisma hakikatnya lebih memahami situasi sebenar anak2 autisma dr pihak2 yg mempunyai pengetahuan secara teori sahaja...
ReplyDeletesukar memahami kehendak insan autisic sbb mereka berada di dalam tahap yg berbeza antara satu sama lain, ada yg serius dan ada yang mild sahaja.Ibubapa kena lebih alert tentang perkembangan anak2 kecil masing2.
ReplyDeleteRedha dgn anugerah Allah secara positif....ada hikmah di sebalik segalanya
ReplyDelete