Pages - Menu

Tuesday, February 28, 2012

Kelas KAFA (2012)

       

Cabaran saya untuk tahun 2012 ini, hendak melihat Syahmi menyertai Kelas KAFA di sekolah bermula 2.00 pm hingga 3.45pm, 3 kali seminggu. Saya juga ingin melihat Syahmi seperti anak-anak normal lain pergi ke Kelas KAFA untuk mendapatkan ilmu keagamaan.


Antara Buku Latihan Kelas KAFA 2012

Di awal Januari 2012, ibu terpaksa menunggu Syahmi dari mula hingga Kelas KAFA berakhir di kantin sekolah, tebalnya muka si ibu hanya Tuhan saja yang tahu. Guru-guru yang lalu lalang tidak lepas dengan senyuman melihat perjuangan  si ibu mendidik anaknya yang 'istimewa'.  Fahamkah mereka situasi si ibu ini? Syahmi enggan ke kelas KAFA tanpa ibu menunggunya dari mula hingga tamat kelasnya. Aduhhhh sampai bila agaknya?


Tiada lagi kelibat si ibu menunggu anaknya di kantin sekolah

Februari dah sampai ke penghujungnya, si ibu sudah tidak kelihatan lagi menunggu anak 'istimewa'nya di kantin sekolah. Si ibu tidak perlu lagi menjadi 'Pak Pacak' menunggu dalam keadaan mengantuk dan tersenyum sumbing bersedia untuk menjawab pertanyaan  guru-guru yang lalu lalang. Ibu boleh menarik nafas lega sebab kini ibu boleh berada di rumah melakukan tugas seharian sementara menunggu masa kepulangan 'putera istimewa' dari Kelas KAFAnya.


" Sahaja aku mengambil wuduk .........."

Syahmi No 5 dari kiri, saf ke 2

Lagi menggembirakan ibu, Syahmi telah boleh berjemaah bersama-sama kawan-kawan dengan diimamkan oleh 'Ustaz Din' untuk bersolat Zohor. Syukur...syukur kepada Mu tuhan kerana membuka hati putera kami untuk menyahut cabaran 2012 ini. Tiada yang lebih menggembirakan kami, apabila Ustazah Rafeah yang mengajar Syahmi berkata "anak puan lebih mendengar kata jika dibandingkan dengan sebahagian anak normal lain, on time, tidak ponteng kelas dan hasil kerja yang kemas."


Antara hasil kerja Syahmi dalam Kelas Kafa

Namun bagi ibu Syahmi ianya lebih bermakna dari  sebuah tropi nilainya, hanya ibu-ibu yang mempunyai anak sepertinya  saja yang mengerti. Walaupun kejayaannya hanya sebesar zarah tetapi ianya cukup berharga dalam mendidik anak autisme kami.

Alhamdulillah.......tiada lagi ucapan yang selayak ini rasanya....
           


              

3 comments:

  1. perjalanan seorang ibu (dan bapa) yang tiada penghujungnya, tetapi sesungguhnya saat-saat indah yang dikutip di sepanjang perjalanan itulah yang menggagahi kita untuk meneruskan perjalanan ini beserta ucapan syukur yang tidak putus kepada yang maha esa di atas nikmat pemberiannya.

    ReplyDelete
  2. Tq Pn Hayati Jafar....anda telah melalui tahap yg saya lalui kini dengan jayanya. Beberapa jer antara kita yg mengalami pengalaman ini. Kita lebih bernasib baik jika dibandingkan dgn mereka2 yg mempunyai anak istimewa yg severe kondisinya...

    ReplyDelete
  3. tahniah en samsul & isteri, satu pencapaian yg membanggakan, dan ini baru permulaan..mudah2an syahmi terus sukses! Amin

    ReplyDelete