Pages - Menu

Thursday, March 1, 2012

Cabaran Anak Keperluan Khas Di Aliran Perdana

     

Bukan semua anak-anak berkeperluan khas kita berpeluang untuk belajar di aliran perdana bersama-sama anak-anak tipikal lain. Syahmi antara anak istimewa yang diberi kesempatan untuk bergandingan dengan rakan-rakan di kelas aliran perdana  di Sek Keb Seri Budiman II, Kuala Terengganu.


Kelas 1 Al Ghazali
       
Memang menjadi cita-cita ibubapa yang mempunyai anak-anak istimewa di Pendidikan Khas mengimpikan anaknya  untuk ditempatkan bersama-sama anak tipikal. Cuma ianya bergantung kepada prestasi anak-anak kita sama ada berupaya untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan pembelajaran masa kini yang amat mencabar atau pun meneruskan pembelajaran di Pendidikan Khas.


Kelas 2 Al Ghazali

Berbekalkan semangat oleh guru-guru di Pendidikan Khas, kami ibubapanya menyahut cabaran bahawa Syahmi layak ditempatkan di aliran perdana walaupun di hati sentiasa berdebar-debar menunggu segala kemungkinan yang akan diterima. Saya tertanya-tanya mana mungkinkah Syahmi yang suka bersendiri dengan dunianya, hendak digandingkan dengan dunia anak-anak tipikal yang suka berkawan, bersenda gurau di samping  silibus pembelajaran yang semakin padat?


Pada peringkat permulaan, airmata Syahmi saban hari mengiringi suasana pembelajaran yang asing baginya. Ditertawakan, dipandang sebelah mata oleh pihak yang tertentu menjadi asam garam kehidupan Syahmi di aliran perdana. Pernah suatu ketika kawan-kawan sekelasnya memberitahu saya bahawa Syahmi sering tertidur di dalam kelas. Walau bagaimanapun, prestasi akademiknya tidak kurang hebat dari anak-anak tipikal yang lain.


Syahmi berBaju Melayu biru....(sambutan'Merdekaraya 2011)

Sekarang Syahmi telah berada di Tahun 4 Al Ghazali, meniti hari-hari bersama-sama rakan sekelas yang mula memahami tingkah laku seorang teman yang 'istimewa' dari yang lain. Namun ibubapa tidak harus meletakkan pemantauan dibahu guru-guru sahaja....malahan ibubapalah yang  harus ke depan memantau permasalahan anak istimewanya bagi mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kes buli dan sebagainya.


Setelah beberapa tahun berada di aliran perdana. Syahmi telah banyak mengalami perubahan positif seperti memahami tanggungjawab terhadap persekolahannya dengan  menyiapkan kerja rumah serta mematuhi disiplin sekolah. Urusan jual beli di kantin sekolah untuk mendapatkan makanan memang tidak diragui. Yang pasti Syahmi semakin di kenali oleh warga sekolah termasuk Guru Besar, Penolong Kanan, guru-guru hinggalah petugas-petugas kantin dan buruh-buruh am di sekolah dek kerana keistimewaannya.


Terima kasih semua yang mahu memahami Syahmi seadanya, tak kenal maka tak cinta, jika kita mengenalinya pasti akan lahir rasa belas, ikhsan, kasih sayang serta kagum terhadapnya kerana insan ini anugerah istimewa dari-Nya....


Muhammad Syahmi Asyraff

5 comments:

  1. Beruntungnya Puan, Syami boleh ke sekolah khas pasti dia boleh uruskan dirinya..

    Berbanding ketiga tiga anak saya Autisme tapi tak bolh mengikuti kelas khas tak pandai nak urus diri..

    Saya percaya dia boleh berjaya dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar! Besarnya dugaan Pn Siti...bersyukurnya saya terhadap apa yang didugaNnya ke atas kami sekeluarga...semoga Pn tabah menerimanya...percayalah Allah tidak pernah memungkiri janjinya...amin..amin..amin

    ReplyDelete
  3. Syahmi ibarat idola bagi saya. Semoga satu hari nanti Eusoff jugak boleh jadi sebagus Syahmi.

    ReplyDelete
  4. Mommy Gaban...InsyaAllah boleh!

    ReplyDelete
  5. syabbbass syahmi..mudah2an ada rezki ke aliran perdana utk abil juga. Ameen!

    ReplyDelete