Pages - Menu

Friday, March 2, 2012

Kidal Pun Kidallah.....

       




Tangan kanan biasanya lebih kasar kelihatannya jika dibandingkan dengan tangan kiri. Maklumlah sepanjang kehidupan ni,  tangan kananlah yang  lebih banyak menyumbang tenaganya kepada saya. Kalau nak dihitung, tangan kanan ku dah berkhidmat menghayun kalam sejauh beribu-ribu kilometre menulis tanpa jemu dari zaman persekolahan peringkat rendah sampai zaman menulis surat cinta hinggalah ke era bekerjaya dan kini telah pun berada di hujung-hujung perkhidmatan....


Syahmi pula berbeza, tidak seperti  ayah mahupun ibu kerana kecenderungannya menggunakan tangan kiri dalam kebanyakan aktiviti. Ini yang dinamakan  KIDAL atau in English  LEFT-HANDED. Kalau di Malaysia ni yang terkenal dengan left-handednya tentulah Man Kidal. Saya masih tercari-cari tokoh ternama di negara kita yang tergolong dalam mereka yang kidal.


Man Kidal dengan petikan gitarnya

           
Penduduk dunia dikatakan 10% dari populasinya tergolong dari kalangan mereka yang left-handed. Ramai yang mengatakan golongan ini (kidal) mempunyai banyak kelebihan. Kebiasaannya mereka intelligent, kreatif dan lebih berminat pada dunia seni dan bahasa. Antara faktor yang mempengaruhinya, ialah fungsi otak kanannya yang dominan dimana ia mengatur bahagian tubuh kiri manusia berfungsi.  Berbeza pula dengan kita yang right-handed dimana fungsi otak sebelah kiri yang lebih dominan dan secara langsung ia mengatur pula bahagian tubuh kanan berfungsi. Fungsi bersilang menurut katanya.





Saya bukan pakar dalam bidang ni cuma menyampaikan ilmu yang tidak seberapa bagi yang belum mengetahui. Walaupun ia bukan dikategorikan kecacatan, tapi kidal memang menampakkan seperti sesuatu yang tidak kena. Antara masalah yang nyata dapat dilihat ialah ketika hendak makan dikalangan kita orang Melayu yang biasanya menggunakan tangan kanan. Bagi Syahmi, sejak dari kecil saya cuba membiasakan dia untuk menggunakan tangan kanan ketika hendak menyuap makanan ke mulut. Nampak janggal namun terpaksa dibiasakan. Hakikatnya dia lebih selesa menggunakan sudu ketika makan. Di sekolah makcik di kantin memang 'cham' muka Syahmi yang selalu meminta untuk disediakan sudu bila waktu makan.


Menggunting merupakan aktiviti di sekolah yang kurang digemari Syahmi kerana hasilnya tidak sempurna, bengkang-bengkok. Kena selalu dilatih untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan. Dengar ceritanya, sekarang memang terdapat di pasaran gunting khas untuk mereka yang left-handed. Namun, dikatakan juga harganya yang agak mahal dibandingkan dengan gunting yang biasa.


Perbezaan gunting kegunaan yang left-handed dan right-handed....


Bila berhadapan dengan kerusi yang begini.....sangat menyukarkan
 bagi mereka yang kidal....

Alah bisa tegal biasa katakan, kidal tidak menjadi halangan untuk berjaya. Insan yang kudung ke dua belah tangan pun boleh berjaya jika tekun berusaha, inikan pula bagi kita yang mempunyai kedua-dua tangan yang sempurna. Albert Einstein, Bill Gates, Mahatma Gandhi, Oprah Winfrey, Leonardo Da Vinci ialah tokoh-tokoh tersohor yang tergolong dalam manusia kidal. Syahmi juga kidal, bersyukurlah  atas segala kurniaan-Nya. Yang penting, Syahmi telah boleh menulis dengan jelas serta difahami oleh guru-guru untuk dinilai. Jangan lupa, ada satu advantage bagi  mereka yang kidal, sangat mudah menulis tulisan Jawi!


Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa, 13hb Ogos setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Kidal Antarabangsa. Kidal pun kidallah....
           
           
Adegan kelakar....dilema si kidal 




             

2 comments:

  1. Mmng jelas penerangan psl kidal tu, seronok bila tau mereka yg kidal ada kelebihan yg tersendiri, tapi yg x boleh tahan bila nk ajar menulis ni...mmng kena sabar banyak2...agak2 knp boleh jadi begini yek, suami dan saya x kidal ponn

    ReplyDelete
  2. Rahsia Tuhan sebenarnya, saya dan isteri juga bukan tergolong dlm lefthanded...namun kini dgn kemajuan teknologi byk bahan telah direka utk org kidal spt gunting dan kerusi dgn meja berlipat (yg ada diguna kat universiti tu) cuma memerlukan kos yg tinggi pulak! Kidal itu istimewa...lain dari kebiasaan...

    ReplyDelete