Kuala Terengganu menjadi sesak dengan ribuan kenderaan dari luar bila cuti sekolah. Hotel, motel, homestay semuanya penuh dengan pelancong luar dari serata pelusuk negara mahupun luar negara. Biasanya, kenderaan di jalanraya tak seteruk mana.....tapi bila musim cuti sekolah sesak menjadi-jadi.
|
Mercu tanda menyambut kedatangan pelancong dari luar! |
Mengapakah Kuala Terengganu jadi sesak dengan pelancong luar bila musim cuti sekolah? Senang saja jawapannya.....Negeri Cantik, Budaya Menarik. Walaupun saya bukan anak negeri Terengganu, namun saya turut merasakan betapa bertuahnya anak tempatan di negeri limpahan minyak ini. Pembangunan sangat ketara, dengan budaya tidak dilupakan.
Pertama-tamanya tentulah kerana makanan tempatan yang beraneka. Pelbagai jenis menu tempatan yang menjadi buruan pelancong seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Kuning, Laksam, Keropok Lekor, Sata, Ketupat Sotong dan sebagainya. Kebanyakannya berasaskan ikan segar sebagai sumber protein utama di negeri ini. Rasanya sedap, lazat hingga menggigit jari!
|
Sata |
|
Laksam |
|
Keropok lekor |
|
Ketupat sotong |
|
Nasi Dagang |
Seterusnya tentulah tempat-tempat menarik yang ada di sini yang menjadi tumpuan ramai. Memang banyak lokasi -lokasi untuk dikunjungi. Kalau setakat sehari dua, memang tidak mencukupi masa untuk meronda-ronda di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu bagi melengkapkan lawatan ke tempat-tempat tersebut. Kalau ke sini, nasihat saya standby cuti lama sikit.....kalau tidak rugi duit minyak jer dengan perjalanan yang agak jauh untuk sampai ke sini.
|
Muzium Negeri Terengganu |
|
Taman Tamadun Islam |
|
Pantai Batu Buruk |
|
Masjid Terapung |
|
Masjid Kristal |
Pengekalan budaya oleh penduduk setempat juga menjadi aset bagi negeri bertuah ini. Batik, songket, tembaga juga ukiran kayu adalah antara hasil tangan anak tempatan yang sangat halus buatannya. Disinilah syurga kepada penggemar-penggemar produk hasil tangan bangsa Melayu yang semakin dilupakan.
|
Songket |
|
Batik Sutera |
|
Ukiran Kayu |
|
Tembaga Terengganu |
Kemudahan penginapan juga banyak samada hotel-hotel juga homestay persendirian yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan. Dari yang mahal, sederhana juga hotel budget dan homestay merata-rata. Tapi kena booking awal sikit takut nanti kena tidur dekat masjid jer....hehehe
|
Primula Hotel |
|
Grand Continental |
|
Permai Inn Hotel |
|
Seri Hoover Hotel |
Sepatutnyalah Kuala Terengganu sesak dengan pelancong ketika musim cuti sekolah. Package yang lengkap untuk membawa keluarga ronda-ronda sambil melihat-lihat tempat orang. Cuma kami penduduk tempatan memang resah bila cuti sekolah tiba sebab.....nak beli ikan sekilo pun kena ambil masa berjam-jam untuk sampai ke destinasi.
Privacy kami telah diragut! Bukan marah cuma mengeluh..... Selamat datang ke Kuala Terengganu....terima kasih kerana kedatangan anda semua ke mari telah membantu menjana ekonomi kami penduduk tempatan!
No comments:
Post a Comment