Termenung panjang memikirkan apa bentuk pengisian yang terbaik di musim cuti sekolah kali ini buat Syahmi. Kalau boleh nak kurangkan dia dengan aktiviti mengadap laptopnya. Perut pun dah gendut disebabkan kurangnya aktiviti yang mengeluarkan peluh. Apa kata kita buat aktiviti yang luarbiasa.....lain dari hari-hari sebelumnya.....main layang-layang di Pantai Batu Buruk.
|
'Angry Bird' menjadi pilihan Syahmi |
Pilihan Syahmi tentunya layang-layang Angry Birds, yang lain-lain Doraemon, Ultraman, Dora semua tu not in trend......Harga RM10 satu, bila time cuti-cuti gini. Kalau hari-hari biasa hanya RM8....biarlah usahawan kecil nak kaut sedikit keuntungan. Kalau kita nak buat pun bukan senang....hehehe
Bagi yang tidak berpengalaman bermain dengan layang-layang maka di sinilah spot yang paling baik. Sejahil-jahil mana pun seseorang tu tentang cara nak menaikkan layang-layang.....Pantai Batu Buruk menjanjikan pengalaman cukup menarik. Gerenti layang-layang akan naik setinggi-tinggi yang kita mahu dek kerana angin pantai yang cukup kuat.
|
'Angry Bird' dah naik ke udara! |
Jangankan Syahmi, ayah pun teruja sebab selama hari ni asyik dok tengok orang lain yang main. Kali ini, kita sendiri yang mencuba.....rasa tak nak balik pulak. Berat dah ni......kalau dah tersangkut dengan hobi baru! Patutlah orang tua-tua di kampung-kampung sebelah Pantai Timur ni masih bermain dan pandai menghasilkan Wau buatan sendiri untuk dimainkan di sebelah petang ketika musim panas dan berangin gitu...
|
Pantai Batu Buruk, Syahmi bersama layang-layangnya! |
Ramai yang menghabiskan masa di waktu petang bermain layang-layang di Pantai Batu Buruk. Ada yang asyik bermain hingga terlepas talinya lalu tersangkut layang-layang di pokok-pokok ru. Jangan risau, esok kita boleh beli yang lain.... yang lebih angry dari Angry Bird!
|
Scary Bird....Layang-layang 'Burung Hantu' |
No comments:
Post a Comment