Budaya orang, kita pakai.... |
Sana sini berdentum-dentam dengan bunyi mercun, itu menandakan 1 Syawal dah dekat. Berbaki beberapa hari lagi kita di bulan Ramadhan, saya berharap sangat Syahmi diberi kesihatan yang baik untuk berpuasa penuh sebulan. Tiada ganjaran dijanjikan, saya rasa dia telah faham dengan tanggungjawabnya berpuasa di bulan Ramadhan.
Mercun merupakan bunyi yang amat sensitif buat Syahmi ketika umurnya setahun ke tiga tahun gitu. Jadi, bila dekat-dekat nak raya memang dia fobia, asyik menutup ke dua belah telinga jer aksinya. Lama kelamaan sensitifnya semakin berkurang seiring dengan peningkatan usia. Sampai sekarang umurnya dah 10 tahun, saya hanya benarkan dia bermain dengan bunga api saja supaya dia merasai suasana malam raya seperti anak-anak lain. Itu pun, di bawah kawalan ibu atau ayah, kalau tidak tak merasalah nampaknya.
Tutup telinga! |
Kalau di kampung, suasana memang meriah bila dipenuhi pelita dan lampu lip lap di sekitar rumah. Baru terasa mood nak berhariraya. Bunyi mercun di sana sini membuatkan kita terpaksa 'tahan telinga' walau kekadang tersentak dibuatnya.
Seronok jadi kanak-kanak...... |
Seronok pun biar berpada-pada, berapa ramai anak-anak yang cedera kerana bermain dengan mercun di malam raya. Mercun bukan barang mainan, apatah lagi meriam buluh yang biasa dimainkan oleh anak kampung. Jari sepuluh, tinggal lapan, nak buat apa cari nahas?
Budaya Cina tapi Melayu yang bersungguh mencari nahas.......Malay dilema? |
Sudah-sudahlah wahai anak bangsa ku! Jangan membuang waktu pada yang bukan tuntutan-Nya. Membazir wang, masa dan membahayakan diri yang masih muda. Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Namun kita masih berpeluang untuk menghayati sebaiknya hari-hari akhir Ramadhan ini. Sesungguhnya kita belum pasti samada kita masih berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang...Ingat tu!
No comments:
Post a Comment