10 tahun pada 7hb September 2012 |
Kesian Syahmi sebab harijadinya yang ke 10 ini tidak disambut seperti biasa. Namun kami percaya, Syahmi pun faham dengan situasi. Semangat kami sekeluarga hilang entah ke mana buat seketika kerana si abang belum dikenalpasti tentang masalah kesihatannya. Berkebetulan pula harijadi Syahmi yang jatuh pada 7hb September iaitu ketika si abang masih berada di wad hospital.
Yang ada hanyalah suasana suram dan usik mengusik si adik dan si abang di katil hospital. Namun kasih sayang yang pastinya teruji dengan ujianNya ini. Keresahan dan kerinduan kami anak beranak nyata terasa di saat berada nun jauh dari keluarga. Hanya kenalan menziarahi dengan panggilan telefon bertalu-talu dari segenap penjuru oleh saudara mara yang jauh.
Harijadi Syahmi hanya dengan menemani si abang di katil hospital |
Hari ini segalanya telah berakhir, setelah 5 hari berkampung di hospital, akhirnya si abang telah pun dibenarkan keluar dari wad dengan pengesahan bahawa kesihatannya baik setelah bebas dari jangkitan Pericarditis (jangkitan kuman di selaput jantung).
Mungkin inilah hadiah yang lebih berharga buat kami sekeluarga. Nikmat yang Allah beri pada kita dalam pelbagai rupa. Begitu jua bentuk-bentuk ujian dariNya. Cuma kita manusia biasa yang selalu lalai bila nikmat dikecap dan mengeluh bila ujian menimpa.
Selamat harijadi Syahmi. Ayah dan ibu bangga dengan kamu, semoga hidup kamu diberkati olehNya selalu. 10 tahun penuh dengan cabaran mendidik kamu anak syurga anugerahNya. InsyaAllah jika semuanya telah benar-benar pulih, kita plan sesuatu yang menarik untuk kita sekeluarga raikan bersama-sama sebagai tanda kesyukuran kepadaNya.
Reaksi Syahmi yang begini tentunya ada sesuatu yang dipinta sebagai hadiah harijadi - wang kertas 'baru' RM100 |
No comments:
Post a Comment