Siapa suka berada di hospital? Kalau sakit sikit, jadi bertambah-tambah sakit kerana persekitaran kita dengan ragam manusia yang ditimpa pelbagai penyakit. Hilang mood saya seketika bagi menghasilkan sebarang post untuk Autism - A Gift From Heaven kerana dengan tiba-tiba anak sulung saya Muhammad Syawal Aiman mengadu sakit di bahagian dada bila hendak menarik nafas serta keletihan yang amat sangat ketika balik dari sekolah.
Tanpa berfikir panjang si ibu terus menghubungi saya untuk dibawa anak kami ke klinik swasta bagi mendapatkan rawatan. Namun setelah beberapa jam keadaannya bertambah teruk dengan bermulanya demam panas serta sukar untuk tidur. Tanpa berlengah lagi kami terus ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan yang lebih memuaskan walau terpaksa beratur panjang.
Setelah dua jam mendapatkan rawatan, x-ray dan kemudiannya ECG (Electrocardiogram) test, didapati result ECG yang abnormal menyebabkan anak saya ditahan di wad serta merta. Ini yang membuatkan jantung saya juga berdegup kencang sambil mengimbas semula keadaan kesihatan anak ini sepanjang usianya. Dimana silap agaknya kami sebagai ibubapa hingga terleka dengan keadaan kesihatan anak-anak?
Sementara menunggu ujian Echo (ultra sound) dilakukan 3 hari kemudiannya disebabkan faktor cuti hari minggu, maka doktor pakar jantung di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Dato' Dr Md Hashim menyimpulkan dari pemerhatiannya tentang keadaan anak saya serta sejarah lampau anak saya yang kerap mengalami radang tonsil, maka kemungkinan besar anak saya mengalami jangkitan kuman yang menyerang hingga ke bahagian selaput jantung (Epicardium). Rawatan yang diperlukan untuk mengatasi sakit yang dinamakan PERICARDITIS ini adalah dengan pengambilan antibiotik secara teratur. Alhamdulillah hari ke 2 anak saya mula menampakkan tanda-tanda pemulihan.
Ingatan buat diri sendiri juga semua yang membaca post ini supaya tidak memandang ringan pada permasalahan anak-anak seperti demam kerana radang tonsil mahupun masalah akibat food poisoning seperti cirit-birit. Ambil tindakan segera kerana ditakuti kuman samada virus, bakteria dan sebagainya merebak hingga menyerang ke organ dalaman lain seperti jantung, buah pinggang insan kesayangan kita yang boleh mengakibatkan sesalan. Jangkitan ini jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ utama tersebut juga membawa maut.
Terharu melihatkan detik-detik kedua beradik ini terpisah, juga dengan ibu atau ayah yang bergilir-gilir bermalam menjaga abang di hospital. Sementara Syahmi di rumah sukar tidur malam kerana 'geng' bergurau di rumah dah masuk 'workshop'. Begitulah ujian Allah pada hambaNya bagi memperingatkan kita tentang kealpaan juga menandakan kasih sayangNya pada kami sekeluarga.
Terima kasih pada saudara mara, kawan dan para sahabat di Autisme Malaysia kerana mendoakan kesejahteraan anak saya Muhammad Syawal Aiman. Jika lima tahun lepas saya disuntik dengan berita Syahmi disahkan sebagai anak autisme, namun dengan 'suntikan' ke 2 ini, dapat mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara anak-anak yang menjadi cahaya penyinar bagi kedua ibubapanya.
Sakit dada! |

ECG test |

Epicardium merupakan bahagian selaput jantung yang terkena jangkitan kuman - menurut kata doktor pakar jantung |
Ingatan buat diri sendiri juga semua yang membaca post ini supaya tidak memandang ringan pada permasalahan anak-anak seperti demam kerana radang tonsil mahupun masalah akibat food poisoning seperti cirit-birit. Ambil tindakan segera kerana ditakuti kuman samada virus, bakteria dan sebagainya merebak hingga menyerang ke organ dalaman lain seperti jantung, buah pinggang insan kesayangan kita yang boleh mengakibatkan sesalan. Jangkitan ini jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ utama tersebut juga membawa maut.
Maka 5 hari si abang (Syawal Aiman) dan si adik (Syahmi Asyraff) bertemu hanya di dalam wad dengan masa terhad..... |
Terharu melihatkan detik-detik kedua beradik ini terpisah, juga dengan ibu atau ayah yang bergilir-gilir bermalam menjaga abang di hospital. Sementara Syahmi di rumah sukar tidur malam kerana 'geng' bergurau di rumah dah masuk 'workshop'. Begitulah ujian Allah pada hambaNya bagi memperingatkan kita tentang kealpaan juga menandakan kasih sayangNya pada kami sekeluarga.
Terima kasih pada saudara mara, kawan dan para sahabat di Autisme Malaysia kerana mendoakan kesejahteraan anak saya Muhammad Syawal Aiman. Jika lima tahun lepas saya disuntik dengan berita Syahmi disahkan sebagai anak autisme, namun dengan 'suntikan' ke 2 ini, dapat mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara anak-anak yang menjadi cahaya penyinar bagi kedua ibubapanya.
Syukur pada Mu Ya Allah.......kerana memberi kesempatan buat Muhammad Syawal Aiman untuk terus tersenyum |
Alhamdulillah Aiman dah sihat Yeop.. Pernah berdebor juga time EUsoff kena H1N1 dulu.. tak makan 5 hari pun tak rasa lapar kerana susah hatinya tak tau nak cakap macamana.. Harap2 jangan le kena lagi..
ReplyDeleteRasa macam separuh nyawa kita dah diambilNya kalau melibatkan kesihatan anak2....syukur..syukur..syukur kpdNya sbb segalanya kembali spt sedia kala....
ReplyDelete