Pages - Menu

Friday, November 2, 2012

Yang Putih Melepak Tak Semestinya Baik Untuk Kita........



   
Gandum

               Hari ini saya nak corner sikit dari kata kunci AUTISME. Nak bercerita tentang yang putih melepak belum tentu baik untuk kita. Kalau orang kita memilih menantu......biasanya yang putih gebu menjadi pilihan. Begitu juga kalau kita ke pasar raya untuk mendapatkan tepung gandum......tentunya yang putih melepak menjadi kriteria pilihan. Harganya lebih sedikit tidak menjadi hal .....asalkan nampak bersih. Itu persepsi masyarakat kita.

Tepung Gandum

              Tahukah kita bahawa tepung gandum yang asal adalah berwarna kekuning-kuningan. Mengapakah tepung gandum di pasaran,  ada yang berwarna putih melepak dan ada yang kekuning-kuningan? Bagi yang belum mengetahuinya, perbezaan ini wujud disebabkan penggunaan Benzoyl Peroxide yang boleh melunturkan warna tepung gandum supaya menjadi putih melepak disamping mengurangkan juga nutrisi gandum tersebut. Tidak semua pengeluar tepung gandum menggunakan bahan ini dan sebagai pengguna kita harus ambil berat terhadap pemilihan bahan makanan yang selamat untuk seisi keluarga.


Lebih banyak kesan buruknya........


              Benzoyl Peroxide merupakan bahan peluntur yang boleh melunturkan rambut, warna pakaian, juga bahan utama dalam acne treatments, bayangkanlah jika bahan ini berada di dalam tubuh badan kita. Walaupun kesan buruknya tidak kelihatan dalam sekelip mata, namun haruslah diingat bahawa serangga pun tidak sudi untuk mendekati tepung gandum yang mengandungi bahan ini......apatah lagi kita sebagai manusia yang berakal  yang seharusnya lebih memahami akan sebab dan musababnya.


              Kesimpulannya elakkan tepung gandum yang putih melepak ini kerana ia mengandungi bahan yang tidak baik untuk kesihatan kita. Wallahualam...........
             
         

No comments:

Post a Comment