Pages - Menu

Monday, November 5, 2012

Gluten Free Diet - Bukan Untuk Autisme Sahaja



Kita biasa mendengar diet GFCF (Gluten-Free Casein-Free) diperbincangkan di kalangan keluarga Autisme. Namun kali ini saya ingin berkongsi pengetahuan juga tentang sejenis penyakit keturunan CELIAC DISEASE yang mewajibkan penderitanya mengamalkan diet gluten free. Perlu diperjelaskan bahawa protein yang terdapat dalam gandum adalah bersifat kenyal dan elastik. Gluten mengandungi komponen protein yang disebut peptida. Awas! gluten juga boleh didapati dalam produk minuman, ubat-ubatan, alat solek dan sebagainya.


Apakah kesannya jika diet gluten free tidak diamalkan kepada penderita CELIAC DISEASE? Tentunya ia memberi kesan kepada daya ketahanan tubuh dimana tubuh akan bertindak seolah-olah gluten adalah musuh yang mesti dihancurkan. Akibatnya, intestinal villi iaitu dinding usus kecil manusia yang membantu penyerapan segala jenis nutrisi terganggu. Jika ia berterusan, boleh menyebabkan malnutrisi (kekurangan makanan seimbang) kepada penghidapnya serta boleh menggalakkan komplikasi yang lebih serius seperti gangguan sistem saraf, osteoporosis, anemia juga kanser.


Bahagian yang digelapkan adalah usus
 kecil (small intestine)

Villi adalah dinding usus kecil (small intestine)
yang bertugas sebagai penyerap nutrient


Menurut Ahli Allergist dari Australia Dr Rodney Ford terdapat penderita penyakit lain yang amat digalakkan mengamalkan diet gluten free seperti Reumatoid  Artritis, Parkinson, Down Syndrome, Osteoporosis, Anemia, Diabetes, Multiple Sclerosis, Keradangan Sistem Saraf ( Neuromyelitis) serta AUTISME.  


Sementara itu, di kalangan para penyelidik juga, diet GFCF (Gluten-Free Casein-Free) masih menjadi kontroversi tentang keberkesanannya bagi menangani autisme. Namun bagi sesetengah ibubapa yang sangat prihatin tentang perkembangan anak autisme masing-masing, pengambilan pemakanan alternatif yang dapat membebaskan dari yang bergluten contohnya seperti produk hasilan beras, jagung, kentang, kekacang, ikan, daging, ubikayu, sayur-sayuran dan buah-buahan.


Bukan perkara mudah, ibubapa kena lebih kreatif untuk menghasilkan resepi-resepi yang memenuhi tuntutan diet GFCF. Sebagai contohnya menggantikan  resepi OATMEAL Chocolate Chip Cookies kepada CORNFLAKES Chocolate Chip Cookies .........


Jangan lupa......kurangkan manis juga!


No comments:

Post a Comment