Beanbag chair adalah bahan terapi yang mampu dimiliki oleh kebanyakan kita. Ianya amat menarik dengan penawaran yang ada di pasaran dalam pelbagai bentuk dan warna. Bagi yang mengalami autisme, terapi tertentu dapat dilakukan dengan menggunakan beanbag chair.
Beanbag Chair.......selesa |
1. KESELESAAN JUGA TERAPI MENAHAN BEBANAN (WEIGHT- BEARING)
Kebanyakan anak-anak autisme mengalami masalah hypotonia (lemah otot) dan
ada antara mereka yang tidak selesa duduk di atas kerusi yang tidak fleksible. Maka,
jalan penyelesaian bagi anak-anak autisme yang bermasalah sedemikian samada di
rumah, sekolah mahupun di pusat terapi bagi memberi mereka keselesaan dan
ketenangan. Kelebihannya kerusi ini dapat mengikut bentuk badan mereka ketika
duduk berbanding dengan kerusi lain yang konstant dengan bentuknya.
Disebabkan beanbag chair ini ringan, kanak-kanak dapat melatih otot-otot kaki dan
lengan mereka seperti memindahkannya dari satu tempat ke tempat yang lain atau
dipanggil juga sebagat terapi menahan bebanan.
Menarik dengan warna terang! |
2. TERAPI DEEP PRESSURE
Beanbag chair adalah alat yang sesuai untuk 'terapi deep pressure'. Butiran
styrofoam yang ringan di bahagian dalam beanbag chair, memberi keselesaan
kerana mampu menyesuaikan mengikut bentuk tubuh kanak-kanak ketika
tekanan dilakukan di tubuh mereka.
Kebanyakan mereka sangat selesa sekiranya didudukkan di atas beanbag chair
serta dikelilingi oleh bantal beanbag dengan tekanan-tekanan lembut. Proses ini
memberi timbal balik sensori yang konstant dari rasa tenang dan santai serta
mampu mengawal emosi dan fikiran mereka.
Styrofoam Balls.... |
3. TEMPAT YANG SELAMAT
Pastikan saiz beanbag chair yang bersesuaian dengan usia anak-anak kita supaya
mudah diangkat ubah atau disusun oleh mereka. Pelbagai warna dan bentuk dapat
menarik perhatian anak-anak untuk melakukan sebarang aktiviti seperti bermain,
belajar dengan selamat dan ceria.
Permukaannya yang empuk dan lembut dapat menyediakan lingkungan yang lebih
selamat untuk anak-anak melakukan pergerakan seperti berguling, melompat dan
sebagainya.
Melompat, berguling dan sebagainya..... |
Sebagai ibubapa yang bijak, tidak salah rasanya jika kita bukan saja menitikberatkan hiasan dalaman rumah malahan mengadakan beanbag chair di rumah sebagai bahan terapi untuk anak-anak kita. Jangan lupa ia juga sesuai untuk seisi keluarga....untuk semua!
Giant Beanbag : Antara perabut yang memberi keselesaan pada semua |
No comments:
Post a Comment