Mendidik anak autisme perlukan kesabaran, pengetahuan yang mendalam serta idea yang kreatif bagi menjamin perkembangan positif mereka. Jika di sekolah, guru-guru Pendidikan Khas yang terlatih dipertanggungjawabkan mendidik anak-anak istimewa kita.
Bagaimana pula bila guru-guru di aliran perdana diberi tanggungjawab mendidik anak istimewa yang diinklusifkan ke kelas biasa? Dapatkah guru-guru ini memahami kehendak murid yang fizikalnya nampak normal sedangkan hakikatnya mereka 'berkelainan' dalam banyak aspek.
Guru Kelas Tahun 1 Al Ghazali (2009) Ustazah Sabariah binti Jusoh |
Guru Kelas Tahun 2 Al Ghazali (2010) Puan Lee Siok Fong |
Guru Kelas Tahun 3 Al Ghazali (2011) Ustazah Sayani |
Guru Kelas Tahun 4 Al Ghazali (2012) Puan Zahiah binti Othman |
Alhamdulillah .....sesi perekolahan 2013 nanti Syahmi akan mendapat seorang guru kelas yang lemah lembut perwatakannya. Beliau pernah menjadi guru kelas kepada seorang pelajar autisme yang juga diinklusifkan tiga tahun yang lepas. Dari pengalamannya yang lalu, saya berharap beliau dapat memberi pendidikan yang terbaik buat Syahmi. Beliau ialah Puan Mariati binti Hussin seorang guru yang mengajar matapelajaran Matematik.
Guru Kelas Tahun 5 Al Ghazali (2013) nanti Puan Mariati binti Hussin |
Yang pasti, hari pendaftaran persekolahan nanti ada sesuatu yang hendak saya bisikkan pada Cikgu Mariati. "CIKGU KENA PASTIKAN SYAHMI DUDUK DI BARISAN HADAPAN DALAM KELAS" kerana itu routine dia dari Tahun 1 .......kalau tak ditunaikan pasti muka 'masam catung' (simpulan bahasa orang Melayu Terengganu) bermakna masam muka. Cobaannnnnn bermula buat Puan Mariati....semoga kerjasama cikgu dengan kami ibubapa anak istimewa ini berterusan demi kecemerlangan Syahmi.
No comments:
Post a Comment