Awas! |
KALAULAH Syahmi tinggal di kampung, tentu dari kecil lagi kami biarkan dia lepas bebas bermain dengan saudara maranya. Tentu masalah pergaulannya tak perlu diajar kerana kehidupan sekelilingnya mengajar dia lebih berdikari. Tentu sepupunya yang akan menjadi body guard Syahmi jika dibuli orang.
Tentu bahasanya juga pekat slang orang Perak! Air jadi ayor, bercakap jadi berlabun, gigit jadi kokak dan lain-lain bahasa orang kampung di Perak. Tentu juga ke sekolah naik basikal ramai-ramai dengan rakan-rakan. Tak perlu employ si supir untuk dihantar dan diambil ketika bersekolah.
Berbasikal ke sekolah..... |
Tentunya tiada kad OKU dilayangkan padanya. Apatah lagi ke sekolah Pendidikan Khas agaknya. Tentu dia seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Pandai bersosial, kalau ada kekurangan pun sedikit sebanyak orang sekeliling boleh terima.
Namun segalanya telah ditentukan Allah dan sebagai hambaNya kita mesti redha dengan apa yang tertulis. Awas, kerana berkalau juga dikhuatiri akan membuka pintu amalan syaitan!
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda : "MUKMIN YANG KUAT LEBIH DISUKAI OLEH ALLAH DARIPADA MUKMIN YANG LEMAH. NAMUN PADA KEDUA-DUANYA ADA KEBAIKAN. BERJAGA-JAGALAH TERHADAP PERKARA YANG BOLEH MENDATANGKAN KEBAIKAN KEPADA ENGKAU, PINTALAH PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH. SEKIRANYA ENGKAU DITIMPA SESUATU MUSIBAH, MAKA JANGAN ENGKAU BERKATA : "KALAULAH AKU LAKUKAN BEGINI MAKA SUDAH PASTI YANG LAIN AKAN BERLAKU. TETAPI KATAKANLAH : " ITU MERUPAKAN TAKDIR ALLAH DAN DIA MELAKUKAN APA YANG DIKEHENDAKINYA, SESUNGGUHNYA KALAU AKAN MEMBUKAKAN PINTU AMALAN SYAITAN. ' (RIWAYAT MUSLIM)
Huraian hadith:
1. Kekuatan seseorang Muslim itu bukan sahaja diukur dari segi fizikal tetapi juga
dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.
2. Orang yang sentiasa berwaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan
mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil
mencerminkan ketekwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan
kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kemenangan dan
kesedihan semata tetapi persayabahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang
tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.
3. Ucapan 'kalau' tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa
kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa
berfikiran positif dan sentiasa ingat bahawa segala yang baik itu datangnya dari
Allah sementara yang buruk itu adalah datangnya dari kelemahan diri kita sendiri.
Oleh itu,Islam menyuruh umatnya bertawakkal kepada Allah SWT dalam
melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan
berlaku tanpa keizinan-Nya jua.
Sengaja saya membangkitkan isu 'kalau' ini kerana kita sebagai manusia biasa yang banyak kelemahannya, kekadang terdetik jua di hati kecil kita istilah 'kalau' yang seolah-olah kita tidak redha dengan ujianNya yang menganugerahi kita dengan anak istimewa. Sama-samalah kita merenung sejenak serta cuba memperbaiki diri masing-masing.
\
Wallahualam....
No comments:
Post a Comment