Autisme, kadang-kala membuatkan ramai pihak yang keliru. Jangan hairan, sebilangan masyarakat kita yang tidak ambil peduli sama sekali tentang apa itu autisme! Malahan mereka yang berada di bidang perubatan juga, tidak semua yang berpengetahuan dan arif tentangnya.
Ini disebabkan autisme itu sendiri yang berada di dalam spektrum di mana tiap seorang dari mereka tidak mengalami simptom yang betul-betul menyamai antara satu sama lain. Ada yang verbal dan tidak kurang juga yang non-verbal, manakala ada yang mengalami masalah dalam pembelajarannya, sementara di pihak yang satu lagi amat tinggi pencapaian akademiknya. Faktor inilah yang menyebabkan autisme itu boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat.
Gambaran yang lebih mudah difahami |
Terdapat ibubapa yang tertanya-tanya dengan hasil diagnosa yang berubah oleh mereka yang berkepakaran seiring dengan perkembangan kanak-kanak tersebut dari masa ke masa. Mungkin di awal pemerhatian, kanak-kanak tersebut di diagnose sebagai Mild Autisme, kemudian apabila masa beranjak kanak-kanak tersebut telah mula menunjukkan perubahan yang lebih positif seperti kebolehan akademik yang sangat memberangsangkan maka ia didiagnosa sebagai High Function Autisme/AS.
Ilustrasi yang menarik ! |
Terdapat juga perdebatan oleh pihak-pihak tertentu tentang perbezaan antara High Function Autisme dengan Asperger Syndrome. Wujud pendapat yang mengatakan bahawa, kedua-duanya berada di bawah satu bumbung dan hampir menunjukkan ciri-ciri autisme yang sama namun yang membezakan keduanya adalah faktor kebolehan berkomunikasi dimana Asperger Syndrome tidak mengalami sebarang kelewatan semenjak awal usia manakala golongan High Function Autisme adalah sebaliknya.
Lebih mudah untuk difahami |
Negara kita ternyata mengalami masalah kekurangan tenaga pakar khususnya Pakar Perunding Psychiatrist, menyebabkan kesukaran buat ibubapa untuk mendapatkan hasil diagnosa yang cepat dan tepat. Jarak masa yang panjang untuk menunggu 'Q' antara satu temujanji ke temujanji yang seterusnya turut memburukkan keadaan. Apatah lagi dengan meningkatnya kes-kes berkaitan secara drastik akhir-akhir ini.
Sebagai ibubapa, jangan menoleh ke belakang lagi apabila kita telah mengetahui terdapatnya kelainan dalam perkembangan anak-anak. Menangani autisme adalah melalui proses intervensi awal. Walau apa hasil diagnosa yang diperolehi, tiada ubat-ubatan untuk menyembuhkan autisme. Peranan ibubapa terutamanya, sangat membantu anak-anak autisme bagi menjalani kehidupan yang lebih baik di masa akan datang. Persiapkan masing-masing dengan ilmu tentang dunia warna-warni autisme serta bertindaklah dengan segera. Masih ada sinar di hujung sana...In Sha Allah
salam..saya nak bertanya kpd encik..apakah tanda2 awal dpt kesan anak autism?sy mempunyai anak 2thn 11bln msih tidak fasih bertutur...hnya certain perkataan leh sebut
ReplyDeleteMaaf, lambatnya saya respond. Mereka biasanya mengalami lewat perkembangan pertuturan dibandingkan dgn anak-anak yg seusia, masalah sensory pd bunyi dan sebagainya, enggan dipeluk, jika dipanggil tiada tindakbalas (seolah-olah tidak mendengar), tidak panda bermain tepuk amai-amai dan banyak lagi sebenarnya.
ReplyDelete