Namun demikian, terdapat juga golongan tertentu yang tidak dikurniakan kebolehan bertutur seperti orang lain. Malahan golongan ini perlu dibantu untuk diperbaiki masalah pertuturan mereka agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sempurna di dalam masyarakat. Kes-kes seperti ini biasanya akan dirujuk ke sesi terapi pertuturan di hospital-hospital kerajaan mahupun yang dikelola oleh pihak swasta. Golongan ini terdiri dari mereka yang mengalami masalah :
a) KECELARUAN BAHASA
- Kecelaruan bahasa reseptif (pemahaman)- kesukaran memahami serta mengikut
arahan juga berinteraksi
- Kecelaruan bahasa ekspresif (lafaz)- kesukaran membuat ayat panjang
bersesuaian dengan umur
Terdapat juga masalah ini berlaku di kalangan orang dewasa seperti
pesakit strok
b) KECELARUAN PERTUTURAN (pelat)
Sukar menuturkan perkataan dengan betul
- menggantikan satu bunyi kepada bunyi yang lain
Contohnya : susu - 'cucu'
- menghilangkan sukukata pertama
Contohnya : minum - 'num'
c) PERTUTURAN YANG KURANG LANCAR (Gagap)
- Bercakap dengan menyebut sukukata berkali-kali, tertahan-tahan mahupun
terhenti-henti
Contohnya : sa sa sa saya makan nasi
d) KECELARUAN SUARA
- Individu yang sukar menjana suara yang bersesuaian hingga menjejaskan
kualiti suara menjadi garau,serak juga suara berangin
e) KESUKARAN MENELAN
- Susah atau sakit untuk menelan makanan disebabkan penyakit,
masalah sistem saraf atau penghidap strok
Merujuk kepada kes-kes yang tersebut di atas, maka antara kumpulan yang lazimnya disyorkan untuk menjalani terapi pertuturan bagi membantu mengatasi masalah masing-masing antaranya termasuklah :
a) Kanak-kanak Autisme
b) Kanak-kanak Down Syndrome
c) Kanak-kanak Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
d) Seseorang yang mengalami masalah sumbing bibir dan lelangit
e) Seseorang yang mengalami serangan angin ahmar (strok)
f) Seseorang yang mengalami Traumatic Brain Injury
g) Individu yang mengalami masalah pendengaran
h) Individu yang mengalami masalah gagap,sengau dan pelat
Masalah pertuturan yang dihadapi oleh kumpulan-kumpulan yang tersebut di atas tidak bersamaan antara satu sama lain. Lain kumpulan lain pula pendekatannya. Di sini, saya hanya ingin membincangkan Terapi Pertuturan di kalangan kanak-kanak autisme yang biasanya mengalami masalah pengulangan, penggantian konsonan dan ada juga yang pelat. Pegawai Pemulihan Pertuturan akan membuat penilaian menyeluruh dan melihat potensi kanak-kanak autisme tersebut untuk berkomunikasi.
Kebiasaannya beberapa bentuk pengajaran yang dilihat amat berkesan untuk membantu kanak-kanak autisme antaranya :
a) PENGAJARAN SECARA TERUS
- Umpamanya latihan membunyikan vokal
Sebut betul- betul ...... aaaa, eeee. iiiii, oooo, uuuu |
b) PENGAJARAN MENERUSI AKTIVITI
- Permainan yang dapat menarik minat kanak-kanak
untuk berinteraksi
Alat bantu yang mudah untuk dibuat sendiri di rumah! |
c) PENGAJARAN BERDASARKAN PERSEKITARAN
- Sebarang objek di persekitaran juga boleh membantu mewujudkan
interaksi dua hala
Pengajaran yang lebih santai |
Namun, terapi pertuturan tidak harus terhenti hanya di bilik terapi pertuturan. Aplikasikan idea tersebut semasa di rumah supaya proses ini berkesinambungan bagi menampakkan perkembangan yang lebih baik terhadap si anak autisme.
Sesungguhnya tiada yang mustahil selagi kita berusaha, yakinlah anak-anak autisme juga boleh!
No comments:
Post a Comment