Jauh Hati........ |
Dalam banyak perkara, saya cuba membiasakan diri dengan label OKU pada anak saya. Saya cuba berlapang dada bila mendengar suara-suara sumbang memperlekehkan golongan ini. Kekadang ada juga keinginan untuk bersuara mempertahankan mereka bila ada pihak yang cakap lebih-lebih tentangnya. Namun demi perhubungan sesama manusia.....lebih baik didiamkan saja.
Dulu, semasa anak saya di Pra Pendidikan Khas (2008) kelasnya hanya terletak bersebelahan dengan kelas Pra Sekolah. Kebiasaannya ibubapa akan menjenguk-jenguk anak masing-masing di tingkap bila waktu pembelajaran sudah hampir tamat. Tiba-tiba muncul seseorang bertanya kepada saya "Anak awak yang mana satu? ". Jawab saya, "Anak saya kelas sebelah.... (Pra Pendidikan Khas maksudnya)". "Ohhhhhhh....." katanya sambil memberi riak muka seolah-olah Pendidikan Khas hanya untuk golongan kelas ke dua. Ku pujuk hati, bersabarlah dengan ujian Tuhan. Tidak salah rasanya kita berada di bawah sekali-sekala supaya melatih diri menjadi insan yang tawadhu'.
Namun bagi si anak, tiada beza antara label tersebut dengan yang lain. Mungkin disebabkan usianya yang hanya 11 tahun dan masih tidak mengerti bahawa di luar sana ramai yang memandang sepi terhadap insan-insan sepertinya.
Suatu ketika sedang mengisi borang dari pihak sekolah untuk diisi oleh ibubapa di rumah. Disebabkan kurang pasti dengan nombor kad pengenalan si anak dan malas nak menyelongkar dokumen penting tersimpannya Surat Beranak, lalu saya cuba bertanya pada empunya diri " Ingat tak nombor kad pengenalan Syahmi? Lalu dia menjawab, " Tengok kad OKU!". Tersintak saya mendengarnya, kerana dia faham dirinya mempunyai kad OKU, sedangkan saya tidak endah langsung tentang kewujudan kad tersebut dan biasanya saya lebih bergantung pada Surat Beranak untuk sebarang maklumat peribadi anak-anak. Seboleh-bolehnya saya tak mahu tengok kad OKU anak saya. Mata terus memandang padanya namun rasa sayu menyelubungi diri.......kenapa mesti ibubapa yang berjauh hati?
Jatuh jua airmata ku! |
Sebak juga saya baca ni..
ReplyDeleteSebenarnya nun jauh di lubuk hati ibubapa, tiada istilah OKU buat anak2nya....cuma tuntutan dunia menjadikan kita memujuk keresahan diri utk melawan cabaran....kami dah lama sebak sebenarnya!
ReplyDelete