D |
Dalam berpolitik jangan sampai 'tergigit' ......
|
Bila musim pilihanraya, masyarakat bertelagah sesama sendiri. Adik beradik enggan mengaku saudara, suami isteri tidak tidur bersama gara-gara fahaman politik yang berbeza. Mengapakah ini berlaku?
.Sebangsa, seagama, seketurunan tapi kerana fahaman politik yang tidak sekata, hubungan yang hakiki ditolak ke tepi. Alangkah baiknya kita berlapang dada dan sama-sama mendoakan kebaikan dan diberi petunjuk oleh-Nya dalam membina sebuah negara yang diredhai.
Ambillah sesuatu itu dari sudut yang baik. Bagi anak-anak seperti Syahmi replika segera yang wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan amat menarik minatnya. Ia adalah hasil usaha dan kreativiti masyarakat kita di merata pelusuk negara. Berjalan-jalan sekitar Kuala Terengganu di hari minggu , maka inilah antara hasil-hasil terbaik yang dapat dirakamkan untuk tatapan semua. Jangan terasa hati pendokong parti-parti selain dari BN dan PAS sebab di Terengganu ni hanya 2 parti yang dominan. Parti lain tak nampak rupa!
|
Penarik Beca di Batu Rakit, Kuala Terengganu |
|
Boat Peronda Polis Marine di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu
|
|
Timbang biar sama beratnya! Lokasi Tok Jembal, Kuala Terengganu
|
|
Formula One di Batu Rakit, Terengganu
|
|
Penyu mendarat di Gong Pak Maseh, Kuala Terengganu
|
|
Wau Bulan setinggi 20 meter di Kedai Buluh, Marang, Kuala Terengganu |
|
Awas! meriam di Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu
|
|
Harley Davidson di Batu Rakit, Terengganu
|
|
Kapal selam naik ke udara di Jalan Budiman, Kuala Terengganu |
Dalam kebanyakan perayaan, mungkin tidak sehebat kali ini idea-idea kreatif yang dapat dizahirkan terutamanya oleh orang kita. Namun, pada keesokan hari pengundiannya tiada lagi replika-replika ini dapat menjamu mata serta mencuit hati kita. Segala poster dan replika ini akan diturun semula serta dimusnahkan demi mematuhi peraturan pihak yang berwajib.
Semoga bertemu lagi dalam PRU ke 14 dengan idea yang lebih kreatif semestinya......
No comments:
Post a Comment