Kali ini musim tengkujuh di Pantai Timur luar biasa keadaannya. Kami di Kuala Terengganu turut menerima hujan yang lebat hampir setiap hari namun setakat ini kami masih terselamat dari bencana banjir. Aktiviti luar rumah tergendala, berhibernasi sahaja di rumah masing-masing. Ikan segar hasil lautan tidak kelihatan lagi kerana nelayan tidak ke laut.
Air di tanjung bagaikan teh susu, langit sentiasa mendung menandakan hari nak hujan |
Namun bagi yang bekerja, langit mendung, hujan lebat tidak menghalang untuk menjalankan amanah dengan sabar... |
Taliair telah hampir melimpah, penduduk sekitar mula sukar tidur lena ..... |
Bot-bot kecil tersadai, si empunya terpaksa berehat di rumah sementara menunggu musim tengkujuh berakhir.... |
Namun hari-hari yang mengizinkan Syahmi masih berkesempatan untuk menikmati keindahan milik-Nya, walau disambut dengan deruan ombak yang menggerunkan... |
Hanya pada-Mu kami memohon.....peliharalah kami semua dari bencana, ampunilah dosa hamba-hamba-Mu yang sering lalai dan alpa dengan suruhan Mu...... |
Semoga segalanya akan berakhir dalam masa yang terdekat. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ujian kami di sini tidak sehebat mereka yang berada di Dungun, Kemaman, Kuantan dan lain-lainnya. Harta benda musnah sekelip mata, sedangkan kami di Kuala Terengganu masih diberi keizinan-Nya untuk menikmati masa tidur yang nyenyak berbantal dan berselimut tebal. Insaflah wahai umat sekaliannya.......
Ya Allah, ringankanlah bebanan mereka yang menghadapi bencana ini....aamiin
No comments:
Post a Comment