Mereka sukar tidur. Ramai ibubapa yang merungut kerana anak autisme masing-masing kerap berjaga malam dan beraktiviti dengan selambanya walau hari telah larut malam. Maka ramailah ibu-ibu terutamanya, yang harus ke pejabat pada esok harinya dengan mata yang berat akibat tidak cukup tidur.
Hampir 2.00am, mereka masih cergas..... |
Sepatutnya, seseorang bayi telah boleh mengatur masa tidurnya dengan baik semasa mereka berumur setahun lagi. Namun, jika berlaku corak tidur yang masih tidak menentu dalam usia yang melebihi setahun maka, si anak mungkin mengalami masalah gangguan tidur.
Menurut kata mereka yang pakar, masalah gangguan tidur anak-anak autisme dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuklah :
1. RASA SOSIAL
Mereka sukar memahami mengapa dan bila mereka harus tidur. Sukar juga
mentafsir isyarat sosial seperti menghubungkan perlakuan ahli keluarganya
untuk diadaptasi ke atas dirinya seperti keperluan tidur.
Mereka juga sangat sensitif pada sebarang perubahan seperti transisi dari
bilik tidur ibubapanya kepada bilik tidur sendiri.
2. MELATONIN
Melatonin dirembeskan oleh kelenjar pineal yang telah terbukti sebagai horman
yang mengawal corak tidur binatang/manusia. Makanan tambahan melatonin juga
dapat membantu menghindari masalah jet-lag selepas perjalanan jauh. Terdapat
kajian yang menunjukkan rembesan melatonin golongan autisme tidak teratur
dan dihasilkan tidak tepat dengan masanya dalam sehari.
Kedudukan kelenjar pineal yang merembeskan melatonin |
Terdapat beberapa jenis makanan yang kaya dengan melatonin seperti nasi,
oats, pisang, tomato dan sebagainya. Namun tiada kajian lagi yang menyokong
fakta bahawa pengambilan diet tinggi melatonin dapat membantu mengurangkan
masalah gangguan tidur.
3. PADAT DENGAN INFORMASI
Golongan autisme mengalami hypersensitiviti terhadap sentuhan, ransangan
visual dan bunyi. Ini boleh menyebabkan gangguan kepada mereka seperti
ketakutan, kesedihan, kerisauan yang mengakibatkan proses tidur mereka
amat sukar jika dibandingkan dengan insan lain.
4. ALAHAN DAN SENSITIVITI TERHADAP MAKANAN
Mereka amat sensitif kepada bahan makanan yang tertentu seperti makanan
bergula, berkafein yang merangsang untuk mereka berjaga hingga larut malam.
Perhatikan pengambilan makanan/minuman seharian supaya tidak menjadi
penyumbang kepada gangguan tidur mereka.
Minuman berkafein..... |
BAGAIMANA HENDAK MENGATASI MASALAH INI?
1. MENJAGA PEMAKANAN
Menjaga diet seperti melakukan perubahan dalam pengambilan makanan/
minuman secara beransur-ansur. Mengelakkan makanan/minuman manis,
disamping membantu meningkatkan kebersihan oral. Begitu juga minuman
berkafein seperti kopi, teh dan sebagainya.
2. MEMBERI GANJARAN
Buatkan carta yang sesuai mengikut idea masing-masing supaya si anak
boleh membezakan waktu tidur yang diambil setiap hari. Kemudian berikan
ganjaran seperti 'bintang' pada hari-hari si anak dapat tidur pada waktu
yang betul.
3. MENGGUNAKAN TEKNIK RELAKSASI
- Titikkan minyak lavender dalam air mandian anak-anak kerana terbukti
dapat membangkitkan aura yang menenangkan.
- Urutan yang bersesuaian dengan si anak sebelum waktu tidur. Sebagai
ibubapa seharusnyalah mengetahui cara urutan yang bersesuaian dengan
si anak.
- Perkenalkan 'masa tenang' pada si anak dimana peruntukkan sejam
sebelum waktu tidur supaya TV/komputer di tutup terlebih dahulu.
Bertujuan untuk membiasakan mereka menjadikannya sebagai rutin dan
dapat memberi impak yang besar agar mereka dapat menjangka
apa yang sedang dan akan berlaku.
- Penggunaan 'Weighted Blanket' juga terbukti dapat membangkitkan rasa
tenang bagi golongan yang mengalami masalah sensori seperti autisme
untuk menikmati tidur yang lena.
Contoh : Weighted Blanket |
- Muzik juga ada kalanya boleh menjadi medium kepada relaksasi. Begitu
juga senaman. Kekadang pencahayan bilik tidur juga dapat memainkan
peranan dalam memberi ketenangan pada anak-anak seperti penggunaan
lampu lava.
Lampu Lava |
- Luangkan masa tertentu untuk sesi mendengar luahan si anak tentang kerisauan
atau kebimbangan mereka seharian, kemudian cuba selesaikan secara bersama
sebelum masuk tidur. Lakukan ini sebagai rutin.
Jika si anak boleh menulis, apakata disediakan buku catatan harian untuk mereka
meluahkan mood yang mengganggu mereka untuk dikongsi bersama ibubapanya
bagi mendapatkan jalan penyelesaian.
Mudah berkata-kata namun secara praktikalnya sangat mencabar bagi ibubapa untuk melaksanakannnya. Bagi kita ibubapa Muslim boleh menggunakan kaedah yang sangat disyorkan iaitu dengan mengajar anak-anak berzikir sebelum beradu.
Wallahualam.....
No comments:
Post a Comment