Eczema berasal dari perkataan Greek 'ekzein' bermaksud 'to boil out'. Sejenis penyakit kulit yang kronik serta wujud dalam pelbagai keadaan. Eczema sebenarnya terdiri dari beberapa jenis. Namun, saya hanya ingin membincangkan tentang Atopic Dermatitis/Atopic Eczema yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak selain dikenali juga sebagai Infantile Eczema.
Pelbagai jenis Eczema.... |
Kulit penderita penyakit ini biasanya memberi reaksi secara abnormal dan sangat mudah mengalami keradangan. Biasanya kulit menjadi kering, kemerah-merahan serta gatal-gatal namun ia bukan sejenis penyakit berjangkit. Sangat mudah menular jika permukaan kulit terdedah terutamanya jangkitan bakteria Staphylococcus aureus. Bahagian-bahagian yang mudah mendapat jangkitan iaitu di bahagian lenturan sendi seperti siku dan lutut. Berlaku pada kanak-kanak dan akan berkurangan mahupun ada yang lenyap sama sekali apabila mereka dewasa sementara sesetengah kes pula berterusan seumur hidup.
Eczema di kalangan kanak-kanak.... |
Dikatakan juga anak-anak yang mengalami eczema biasanya mudah mengalami alahan-alahan lain seperti asma. Tiada penawar bagi menyembuhkan masalah ini, namun mengelakkan diri dari pencetus masalah ini dapat membantu disamping pengambilan ubat-ubatan yang disyorkan.
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA ATOPIC ECZEMA
Faktor-faktor berlakunya Atopic Eczema |
Tidak diketahui punca yang sebenar, namun faktor-faktor tertentu dipercayai menggalakkan serangan Atopic Eczema. Kebanyakan pakar percaya bahawa masalah ini bersangkutan dengan faktor genetik. Biasanya mereka juga akan mengalami masalah alahan seperti asma dan 'hay fever'(demam disebabkan alahan). Walau bagaimana pun, ada juga pihak yang menyangkalnya dengan alasan tidak semua penghidap Atopic Eczema mengalami asma mahupun 'hay fever' dan begitulah sebaliknya. Namun dari kes-kes yang ditemui, kebanyakannya berlaku di kalangan ahli keluarga.
Selain dari itu, faktor persekitaran seperti tahap pencemaran yang tinggi, boleh mengaktifkan gejala Atopic Eczema terutama individu yang menghidapnya melalui faktor warisan. Berhati-hatilah dengan agen yang biasanya disebut-sebut menjadi pencetus Atopic Eczema seperti habuk, hama, asap rokok, bulu binatang, minyak wangi dan kosmetik tertentu, klorin, pelarut, bunga serta debunga, detergent, sabun dan sebagainya.
Selain persekitaran, alahan pada makanan tertentu juga menjadikan permasalahan ini menjadi-jadi seperti kacang tanah, gandum, kerang, telur, ikan tertentu, produk tenusu dan lain-lain lagi. Mengelakkan bahan-bahan ini merupakan jalan terbaik untuk meredakan Atopic Eczema.
Lapisan kulit pelindung yang pecah diburukkan lagi dengan kehadiran cairan menyebabkan bakteria Staphylococcus aureus amat mudah membiak lalu permasalahan menjadi semakin serius. Ilustrasi di bawah dapat menggambarkan keadaan ini dengan lebih mudah difahami.
Ilustrasi ini lebih mudah untuk difahami...credit to Dr Micheal Cork and The National Eczema Society (Regd Charity no 1009671) |
KOMPLIKASI
Jangkitan bahagian kulit - kulit luar akan tercedera/terluka apabila sering digaru dengan kerap.
Biasanya jangkitan dari bakteria Staphylococcus aureus sangat
mudah berlaku.
Neurodermatitis - gatal-gatal yang berpanjangan menyebabkan kawasan tersebut digaru-garu,
dan akhirnya membentuk tompokan parut yang kekal dan tebal juga berwarna
kemerah-merahan, lebih gelap dari kulit yang asal.
Komplikasi mata - bagi yang mengalami severe Atopic Eczema, komplikasi mata boleh terjadi
dimana kegatalan serius berlaku di sekeliling kelopak mata. Tanda-tanda
seseorang mengalami komplikasi di bahagian mata, mata berair, radang
kelopak mata (blepharitis) dan lapisan kelopak mata (konjunktivitis). Jika
ini berlaku, sila berjumpa doktor dengan kadar segera.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DI RUMAH
1. Kenalpasti serta elakkan pencetus keadaan yang menyebabkan keradangan
menjadi lebih serius.
2. Aplikasikan krim anti kegatalan atau calamine lotion di tempat yang mengalami
masalah.
3. Seboleh-bolehnya elakkan menggaru. Pastikan kuku sentiasa pendek, pakai
glove ketika tidur.
4. Mandi dengan air suam.
5. Guna sabun yang bersifat mild soap.
6. Gunakan pelembab terutama di bahagian kaki, lengan dll.
7. Gunakan pakaian yang menggunakan 'smooth-texture' kain cotton. Elakkan
texture yang kasar dan ketat. Pakaian yang bersesuaian ketika bersukan supaya
dapat menyerap peluh.
8. Gunakan Home Humidifier yang bersesuaian dengan budget. Ia bertujuan
untuk menambahkan kelembapan udara di dalam rumah kerana udara yang
kering dan panas akan memburukkan keadaan kulit yang gatal-gatal dan
kulit yang menggelupas.
Portable Humidifier |
RAWATAN
Kita harus sedar bahawa penyakit ini tiada sesuatu yang dapat menyembuhkannya secara total. Rawatan hanya sekadar membantu mengurangkan keradangan, kegatalan serta menghalang dari serangan yang menjadi-jadi di masa hadapan. Mengelakkan persekitaran juga makanan yang boleh menimbulkan alahan kepada individu tersebut, tidak bermakna Atopic Eczema berjaya dikawal sepenuhnya. Oleh itu, ubat-ubatan tertentu disyorkan doktor untuk membantu keradangan menjadi lebih serius.
Ubat-ubatan berbentuk krim/losyen/salap Corticosteroids (kegunaan luar sahaja) dicadangkan dengan preskripsi doktor. Antibiotik pula diambil jika penderita mengalami jangkitan bakteria di permukaan kulit yang mengalami keradangan. Manakala, bagi yang mengalami kegatalan yang kronik, antihistamines boleh membantu bagi mendapatkan masa tidur yang lebih baik.
Kita hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dalam pengambilan ubat-ubatan seperti Corticosteroids. Ia mengandungi tahap kekuatan yang berbeza dengan kesan sampingan yang harus diterangkan kepada pesakit terlebih dahulu.
PENUTUP
Memandangkan ramai di kalangan anak autisme juga dikatakan mengalami Eczema di peringkat kanak-kanak lagi, maka sebaiknya kita mempersiapkan diri untuk mengetahui serba sedikit berkenaan dengannya. Tidak rugi untuk menambah ilmu pengetahuan.......
Wallahualam
No comments:
Post a Comment