Logo Persekutuan Pengakap Malaysia |
Pengakap, mungkin ramai yang kurang endah dengan sumbangan mereka dalam masyarakat kerana kita biasanya hanya didedahkan dengan kegiatan Pengakap semasa bersekolah sahaja. Dulu, Pengakap juga dikenali dengan nama 'Anak Serigala'. Beruniform lengkap, berbasikal sekeliling kampung untuk menjalankan aktiviti dari rumah ke rumah bagi melaksanakan 'Minggu Kerja'. Namun bila anak-anak ini meninggalkan dunia persekolahan, maka dunia Pengakap juga tinggal dalam kenangan.
Syahmi (kiri) juga anak Pengakap... |
Syahmi dan rakannya Uwais.... |
Hakikatnya, Pengakap merupakan organisasi yang menggalakkan generasi muda untuk membentuk keyakinan diri, berdisiplin, bertanggung jawab juga mengasah bakat kepimpinan seseorang semenjak dari usia 8 tahun lagi. 'Sekali BerPengakap, Selamanya BerPengakap', ungkapan keramat bagi mereka yang benar-benar 'jatuh hati' dengan organisasi ini.
Sumber : Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak (Persekutuan Pengakap Malaysia) |
Sumber : Skim Latihan Pengakap Remaja (Persekutuan Pengakap Malaysia) |
Pengakap menyediakan latihan-latihan tertentu bagi anggotanya untuk menguasai kemahiran mengikut tahap kumpulan umur. Pengakap Kanak-Kanak (8-13 thn), Pengakap Muda (13-16th), Pengakap Remaja (16-18thn), Pengakap Kelana (18 thn ke atas).
Namun, seseorang Pengakap amat mengimpikan untuk meraih anugerah tertinggi sepanjang penglibatan mereka dalam berpengakap iaitu memperolehi Sijil Diraja Pengakap Raja. Nilai sijil yang sangat tinggi dimana dengan kemurahan hati dan perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu di Malaysia untuk menandatangani sijil berkenaan. Ujian-ujian yang sangat mencabar dilalui bagi membuktikan keupayaan diri sebelum seseorang Pengakap itu layak untuk menggenggam sijil berkenaan.
Logo Pengakap Raja |
Sumber : Skim Latihan Pengakap Remaja Persekutuan Pengakap Malaysia |
Sengaja saya memperkatakan tentang Pengakap dalam post saya kali ini kerana ingin merisik khabar bagaimana agaknya nasib anak-anak autisme dalam organisasi ini? Adakah mereka juga diberi peluang yang sama sebagaimana mereka di sesetengah negara? Di U.S, Autism and Scouting Program diwujudkan bertujuan untuk melibatkan golongan autisme ini dalam aktiviti Pengakap yang sangat berfaedah.
Semoga suatu hari nanti, di negara kita juga akan lahir pihak-pihak yang berkesedaran untuk menubuhkan organisasi seumpamanya bagi membantu golongan autisme agar diberi peluang untuk berPengakap dalam erti kata yang bersesuaian dengan kemampuan mereka. Aamiin...
Kiri, Muhammad Syawal Aiman abang kepada Syahmi baru saja dianugerahkan dengan sijil 'Pengakap Raja'.....tahniah |
Kanan, Syawal telah berjaya menuju ke matlamatnya.... Syahmi pula bagaimana?? |
Syawal dan rakan-rakannya.... |
No comments:
Post a Comment