Ujian Penilaian Kelas Kafa |
Suatu ketika si ibu menjadi penunggu setia di kantin sekolah bagi melayan 'anxiety' si anak untuk ke kelas KAFA. Bukan sehari bukan jua dua, sebulan ibunya menguatkan semangat untuk bertunggu-tangga di sekolah sepanjang si anak berada di dalam kelas tersebut.
Tahap 'anxiety' yang menjadi-jadi ketika di awal persekolahan menyebabkan si anak ketinggalan setahun kelas KAFA berbanding dengan anak-anak seusia. Si anak hanya mengikuti kelas KAFA selama 2 tahun berbanding dengan rakan-rakan lain yang sepatutnya 3 tahun. Namun tiada usaha yang sia-sia, ibu tidak membiarkan 'anxiety' si anak mengatasi keperluan pendidikan agamanya.
Ketika si anak menjejakkan kaki di Tahun 4, ibu kuatkah semangat untuk memasukkan si anak ke kelas Kafa di sebelah petang, walaupun 'diarahnya' si ibu menjadi penunggu di kantin sekolah selama mana dia menghadiri kelas (2.00pm-3.45pm). Sebulan ibu mengikuti kehendaknya, lama kelamaan dipujuk-pujuk, kemudian buat social story yang mana patut, akhirnya dia lebih berkeyakinan untuk menghadiri kelas KAFA tanpa perlu diteman ibu lagi.
Namun, si ibu akan memastikan ia berada semula di sekolah sebelum si anak menamatkan kelasnya. Akhirnya si anak terbiasa dengan rutin tersebut, dan dapat memahamkan tanggungjawabnya menghadiri kelas KAFA di sebelah petang. Masalah utama si anak sebenarnya bukan terhadap pembelajarannya di kelas tersebut. Tetapi faktor 'anxiety', takut-takut ibunya lambat atau tak datang untuk mengambilnya bila kelas selesai.
Kenangan 2012....Syahmi (10 thn) telah membiasakan dirinya untuk berwuduk bagi menunaikan solat berjemaah |
Kenangan 2012.....Syahmi (ke 5 dari kiri, saf ke 2) telah pandai solat berjemaah |
Alhamdulillah, kelmarin diumumkan keputusan Ujian Pencapaian Kelas KAFA yang didudukinya akhir tahun lalu. Syahmi beroleh 8A bersama 15 orang lagi rakan-rakannya dengan menggenggam keputusan yang cemerlang. Berbaloi-baloi rasanya usaha si ibu dalam melayan kerenah si anak yang istimewa. Siapa sangka di celah-celah kejayaan anak-anak ini, seorang darinya anak istimewa, autisme...
Syukran, syukran, syukran Ya Allah.....
Berjaya jua akhirnya....alhamdulillah |
No comments:
Post a Comment