Pages - Menu

Monday, February 3, 2014

Gong Xi Fa Cai 2014



Tahun Kuda....2014

                     
                Menurut zodiak masyarakat Cina, mereka yang dilahirkan pada tahun 2002 juga tergolong dalam tahun kuda termasuklah Syahmi. Nampaknya tahun kuda datang lagi tahun 2014 ini.

                Seperti biasa, Tahun Baru Cina kami mengunjungi teman-teman berbangsa Cina yang banyak membantu perkembangan positif Syahmi sebagai anak autisme. Tidak mengira bangsa dan agama, kedua-duanya sentiasa ada di saat-saat kami memerlukan bantuan.


Syahmi bersama Aunty Toh (S/N Klinik Pakar Sultanah Nur Zahirah,
Kuala Terengganu) serta suami ...

Dari kecil sampai si anak telah besar panjang .......Aunty Toh sedia
memberi pertolongan

Masyarakat Cina di Terengganu kebanyakannya akan menyediakan makanan
Melayu seperti  Laksa Terengganu yang ditempah khas dari
caterer Muslim ketika menyambut Tahun Baru Cina


Gendang gendut tali kecapi...kenyang perut senang hati......
               
               Aunty Toh, sering membantu kami apabila berurusan dangan Klinik Pakar Hospital Sultanah Nur Zahirah. Semenjak 1st appointment dengan pihak hospital (2007), bertemu Pakar Kanak-Kanak, Pakar Perunding Psychiatrist, menghadiri sesi Terapi Pertuturan, menjalankan procedure berkhatan, bertemu dengan Pakar Ortopaedik, pokoknya dalam apa jua keadaan beliau sentiasa bersedia membantu.


Syahmi dan Teacher Ling (2013)....Tahun Baru Cina  2014 tidak
berkesempatan untuk berposing.....

               Sementara Teacher Ling pula, merupakan guru yang menemani Syahmi di zaman si anak  melalui zaman kritikal menjalani proses transisi dari persekolahan di PPKIBP ke aliran perdana sepenuh masa. Tanpa sokongan guru ini, dimana lagi agaknya tempat si anak hendak menyandarkan bahunya di kala duka, di kala keliru dengan suasana pembelajaran yang berbeza dari kebiasaannya. Jika di Pra Pendidikan Khas hanya berteman dengan beberapa rakan sekelas, tapi apabila berada di aliran perdana, bergaul dengan berpuluh-puluh rakan sekelas dengan pelbagai ragam.


               Terima kasih keduanya, walau bukan sebangsa dan seagama, perasaan hormat menghormati sesama kita mengatasi segala perbezaan yang ada. Wonderful Malaysia......


Red Packet tidak dilupa.....

No comments:

Post a Comment