Aduh! Pedih juga bila kena rotan |
Peraturan : Cikgu Fatimah menetapkan, murid-murid yang memperolehi markah kurang dari 70% bagi subjek Sains yang diajarnya akan dirotan di tapak tangan sekali, jika memperoleh markah kurang dari 60% pula, maka akan dirotan sebanyak dua kali di tapak tangan.
Kali ini, Syahmi dah 'terkena'. Semenjak Tahun 4 lagi Syahmi bergurukan Cikgu Fatimah bagi subjek Sains, belum pernah sekali pun Syahmi melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Cikgu Fatimah. Namun Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014, Syahmi hanya memperolehi markah 68%. Saya faham Syahmi memperolehi markah sedemikian kerana pada hari peperiksaan dijalankan, dia sakit perut hinga terpaksa ke tandas berulang kali. Syahmi hanya menjawab 2 paper dari 4 matapelajaran kesemuanya.
Bahan Kecemerlangan (BK8) Matapelajaran Sains |
Maka terpaksalah anak ini menadah tangan untuk merelakan dirinya dirotan di tapak tangan (rotan pengajaran dari seorang guru). Banyak kali juga saya memperingatkan anak saya supaya belajar menerima hukuman dari guru dengan seadanya jika dia melakukan kesalahan. Buat pertama kalinya, dia dirotan di tapak tangan bersama beberapa kawan-kawan yang lain. Jika kawan-kawannya berwajah selamba ketika menerima hukuman, Syahmi menadah tangan sambil bergenang airmata, "Menangis sedikit sahaja", menurut kata Mustaqim rakan sekelasnya.
Alhamdulillah......saya bangga anak saya tidak mengamuk apabila dirinya diperlakukan demikian. Syahmi dengar nasihat saya. Syahmi kena belajar menjadi seperti kawan-kawan tipikal yang lain. Kuatkan diri, mengaku kesilapan dari setiap kesalahan yang dilakukan. Walau saya tidak pernah menjentiknya sekali pun, tapi Syahmi kena faham dia tidak 'immune' ketika di dunia luar. Anak istimewa tidak menjanjikan diri kamu terkecuali dari sebarang bentuk hukuman pengajaran.
Lain kali Syahmi kena pastikan prestasi Syahmi sentiasa melepasi tahap yang Cikgu Fatimah kehendaki. Berusaha dengan lebih kuat, supaya UPSR nanti Cikgu Fatimah boleh tersenyum bangga dengan pencapaian kamu anak ku. Walaubagaimana pun, tahniah diucapkan juga kerana Syahmi berjaya mendapat keputusan 4A 1B dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu. Untuk pengetahuan, hanya 4 org murid yang memperolehi 5A dalam peperiksaan tersebut. InsyaAllah dengan baki masa yang tinggal, Syahmi masih berpeluang untuk memperbaiki kelemahan yang ada......
No comments:
Post a Comment