Cepatnya masa berlalu, Ramadhan kembali lagi dengan menawarkan berganda-ganda pahala buat mereka yang membuat kebaikan. Seperti biasa, Syahmi sudah faham erti puasa, sudah biasa dengan aktiviti yang seharusnya dilakukan bila Ramadhan menjengah.
Di sekolah, awal pagi Syahmi serta kawan-kawan akan ke surau untuk membaca Surah Yassin serta melakukan Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Hajat, sementara waktu rehat pula mereka bertadarrus di kelas. Pembelajaran diteruskan seperti biasa tambahan pula UPSR semakin dekat.
Tamat waktu persekolahan, berlari-lari anak menuju ke kereta untuk balik ke rumah |
Wajah-wajahnya yang sedang diuji dengan kesabaran (hari pertama berpuasa) |
Saya percaya, selepas beberapa hari berpuasa, pasti Syahmi boleh menyesuaikan dirinya dengan kehadiran Ramadhan. Dalam usia 12 tahun, dia pasti mampu melakukannya. Semoga dianugerahkan oleh-Nya kesihatan yang terbaik buat anak ini...aamiin
No comments:
Post a Comment