Cantikkk.....Bunga Kantan |
BUNGA KANTAN bahan utama dalam membangkitkan bau dan rasa kuah Laksa Penang. Umpama lagu dan irama, tanpa BUNGA KANTAN maka tempanglah rasanya kuah Laksa Penang. Sebulan berpuasa, sebulan juga kita berhariraya menjadikan industri makanan menjadi sangat 'boom' terutama dari segi permintaan dan penawarannya.
RM10 sebatang/sekuntum......mana boleh tahan! |
Di mana-mana pasar di bandar Kuala Terengganu, Pasar Payang, Pasar Chabang Tiga, Pasar Maghrib di Jalan Pasir Panjang, kini kehabisan penawaran BUNGA KANTAN. Kalau ada pun harganya RM10 sekuntum/sebatang. Orang berniaga pun tak berani nak buat Laksa Penang memandangkan modal besar yang harus diadakan. Mana untungnya kalau dah BUNGA KANTAN sahaja RM10 sekuntum/sebatang. Bukan cukup sekuntum/sebatang untuk seperiuk kuah Laksa Penang!
Nampaknya.....Laksa Penang tinggal kenanganlah .... |
Hari ke sepuluh berhariraya, teringin juga nak buat Laksa Penang. Tapi, tangguh dululah keinginan tu....Tunggu BUNGA KANTAN di belakang rumah Pok Cik - Pok Cik kat kampung-kampung tu berbunga semula. Sebulan berpuasa, banyak peniaga-peniaga yang menjual Laksa Penang di Bazar Ramadhan menyebabkan BUNGA KANTAN juga pupus sementara di pasaran. Ini merupakan fakta yang dilalui oleh kami yang menetap di bandar Kuala Terengganu kini....
Mari kita pakat-pakat tanam belakang rumah masing-masing..... Pokok BUNGA KANTAN |
No comments:
Post a Comment