Kali ini, bercerita pula tentang insan-insan yang pernah bersama ibu Syahmi suatu masa dulu. Ketika sama-sama belajar di kampus kecil Institut Teknologi Mara (Cawangan Perak), Bandar Baru Sri Manjung, Sitiawan, pengambilan Januari 1985 (pioneer).
Kampus sementara yang hanya disewa dari deretan rumah kedai. Ramai yang terkilan dengan keadaan kampus yang tidak seperti diimpikan, namun bila udah beberapa tahun menjadi penghuni di sana, susah senang tetap dalam ingatan.
Berpuluh tahun berlalu, melalui fb ibu merisik khabar sahabat-sahabatnya dulu, yang sekuliah, seasrama. "Dimanakah agaknya kalian semua kini?" bisik hati ibu. Sungguh mengharukan kerana dalam usia lewat 40an mereka masih dapat dijejaki. Kini masing-masing telah berkeluarga. Saya memohon keizinan gambar-gambar kalian berada di blog kami sebagai tanda ingatan yang berkekalan dari ibu Syahmi buat semua....
|
Teman rapat ibu, Pn Mardziyatul Kibtiah. Telah mempunyai 5 orang cahaya mata. Lahir pada tahun 1966. Pemegang Diploma Pentadbiran Awam. Berasal dari Ipoh, Perak dan kini bertugas di KWSP, Ipoh. Sekuliah, sebilik, sehati dan sejiwa dengan ibu. Teman paling akrab kiranya. Kali terakhir bertemu dengannya ketika kami melangsungkan perkahwinan pada 5.3.1995 |
|
Yang ini pulak, Kak Jan atau nama penuhnya Norizan bte Haron. Berasal dari Parit Buntar, berusia 50 tahun sekarang. Senior 2 tahun dari ibu Syahmi. Pernah datang ke Terengganu dan bermalam di rumah kami selama beberapa hari pada tahun 2005. Kak Jan seorang surirumah sepenuh masa sebagaimana ibu Syahmi juga. Era lewat 80an, berlakunya masalah kelembapan ekonomi negara. Peluang kerja amat terhad menyebabkan ramai siswazah menganggur kerana kurangnya penawaran pekerjaan. Kak Jan juga teman sebilik ibu dari semester 1 hinggalah semester 6. Kak Jan bertemu jodoh agak awal dari sahabat-sahabat yang lain. Alhamdulillah, anak-anak pun dah besar panjang. |
|
Yang ini pulak Lawyer...Noraini atau Ani Zain (duduk, kiri sekali). Setelah menamatkan diploma di ITM, beliau melanjutkan pelajarannya di UM dalam bidang undang-undang. Dah ada firma guaman sendiri di Sitiawan. Tahniah kawan, siapa sangka kamu dah jadi Loya sekarang. Telah berkeluarga, kali terakhir bertemu ketika hari perkahwinan Mardziyatul Kibtiah...tapi dah lupa bila tarikhnya (awal 90an rasanya). Ampun Pn Loya...jangan saman saya! |
|
Faridah atau Idah serta suaminya En Fauzi....Idah, seusia dengan ibu Syahmi, tarikh lahir pun hampir sama, bulan Mei 1966. Semenjak student lagi beliau telah bernikah dengan pensyarah kami, Encik Fauzi (seperti dalam gambar). Dengar cerita beliau menyambung pelajarannya di UKM. Sementara Encik Fauzi juga berjaya bergelar Professor akhirnya. Tahniah buat keduanya. Namun, dalam menjenguk-jenguk mendapatkan khabar dari sahabat-sahabat di fb, maka terbaca jua berita tentang pemergian Encik Fauzi sekitar February 2014 yang lalu setelah mengalami serangan stroke. Innalillahiwainnailaihirajiun.....al fatihah, semoga Kau letakkanlah hamba mu yang ini bersama-sama mereka yang Engkau kasihi...aamiin. Buat Idah, tabah menghadapi ujian dari-Nya.... |
|
Si dia mai dari Selama, Perak. Nor Raha nama diberi. Anak bekas YB ni. Hidup senang tapi sangat merendah diri orangnya. Kali terakhir bertemu, ketika majlis perkahwinan kami pada 5.3.1995. Masih diingat kisahnya, beliau sampai ketika majlis kami hampir usai, sementara tetamu lain sudah beransur pulang. Dengar cerita, kelewatannya disebabkan masalah kerosakan kenderaan. Namun demi sahabat, beliau tetap sampai menghadiri majlis kami bersama keluarganya (ketika itu anak-anak masih kecil). Sekarang Raha bekerja di Pejabat Daerah dan Tanah Selama, Perak. |
Tahniah sahabat, kalian semua telah berjaya hingga ada yang menjawat jawatan tinggi, berjaya memegang title Doktor Falsafah dan sebagainya. Namun, ibu Syahmi tidak secemerlang anda semua. Tiada title, hanya bersederhana di rumah sebagai surirumah tangga sepenuh masa. Pernah bekerjaya sebagai Pegawai Bank suatu ketika dulu, namun terpaksa melepaskan jawatannya kerana keadaan tidak mengizinkan. Ilmu yang sedikit ini ditumpahkannya buat anak istimewa kami. Alhamdulillah....
Jika kalian semua Mardiah, Kak Jan, Ani Zain, Idah Harun, Raha bertandang ke blog yang tidak seberapa ini, maka hubungilah saya agar sillaturrahim antara kita dapat disambung semula....tinggalkan komen anda di bawah supaya mudah untuk dihubungi....
|
Mereka intake pertama Diploma Pentadbiran Awam (1985-1987)
ITM Cawangan Perak, Bandar Baru Sri Manjung.
|
Alhamdulillah....hubungan kami kembali bertaut 2016 selepas kunjungan jejak kasih Mardiah ke teratak bonda ku di Kuala Kangsar. Maka tertubuhlah grp ws DPA Sri Manjung dan aktif menghubung silaturahim yg terputus suatu ketika dulu
ReplyDelete