Muhammad Syahmi Asyraff |
Seminggu Syahmi umpama selebriti di kalangan mereka yang mempunyai anak-anak syurga terutamanya. Ke tempat-tempat awam, ada yang perasan kehadiran anak ini. Ke hospital menemani abangnya mendapat rawatan susulan dari pembedahan juga ada yang menegurnya di sana, ke tempat membeli belah pun sama. Semuanya kerana bahang dari keputusan UPSR yang lalu. Mungkin kerana kenyataannya yang bercita-cita untuk menjadi 'angkasawan' di TV3 telah menarik minat orang ramai agaknya.
Katanya "Cita-cita saya nak jadi angkasawan....tapi tak pasti lagi"..... |
5A dalam UPSR, bukan bermakna dia budak bijak. Ramai lagi yang memperoleh keputusan yang sama malah lebih cemerlang dari Syahmi. Cuma 'hero' yang ini didendangkan di media masa, disebabkan statusnya seorang calon CBK (Calon Berkeperluan Khas). Kejayaan CBK mungkin berlaku hanya sekali sekala, maka mereka akan diberi perhatian serta penghargaan yang lebih dibanding dengan calon-calon biasa.
Terdapat juga beberapa anak autisme yang memperolehi 5A, namun mereka tidak berdaftar sebagai CBK. Masih saya ingat suatu ketika dimana 'orang kuat' JPN Terengganu (Pendidikan Khas) yang mengingatkan saya kelebihan seseorang calon yang berdaftar sebagai CBK.
Syukur, alhamdulillah....bukan mahukan nama. Cuma rasa teruja apabila seorang CBK diberi penghargaan yang sedemikian rupa. Semoga Syahmi akan meneruskan kecemerlangan di peringkat menengah pula. Ibu dan ayah akan sentiasa memberi dorongan selagi diizinkan-Nya....
No comments:
Post a Comment