Saya ingin membuat pembetulan terhadap post yang sebelumnya. Kunjungan YAB MB Terengganu ke rumah saya dibatalkan di saat akhir. Lokasi baru diputuskan dimana ia dilangsungkan di Pejabat YAB MB sendiri, Tingkat 16, Wisma Darul Iman pada tarikh yang sama iaitu 3hb Dec 2014.
Press conference dibuat bagi menghargai kecemerlangan anak Pendidikan Khas yang berjaya memperolehi 5A dalam UPSR yang lalu serta penghargaan kerajaan negeri terhadap pencapaian membanggakan keputusan UPSR negeri Terengganu di peringkat kebangsaan.
Syahmi di Wisma Darul Iman |
Beberapa jam menunggu ketibaan YAB MB Terengganu, kesempatan untuk kita berkenalan dengan orang kanan Jabatan Pendidikan Negeri, Pengarah, Ketua-Ketua Sektor dan lain-lainnya. Exco Pendidikan Negeri juga hadir, bermesra antara satu sama lain dengan gembiranya. Mereka juga manusia biasa, bersenda gurau, hilai tawa membuang sementara 'sempadan' yang ada. Cuma kita yang menumpang di majlis-majlis seumpamanya terasa kerdil mentelah pula suasana bilik mesyuarat yang dingin hingga ke tulang.
Tepat jam 4.15pm, YAB MB Terengganu masuk dengan senyuman 'kepuasan' memandangkan hasil usaha anak-anak buah di setiap peringkat hingga membuahkan hasil yang melapangkan dada. Alhamdulillah.....kita berbangga juga sebenarnya mempunyai seorang Menteri Besar yang ambil berat soal pendidikan rakyatnya.
Dua Calon Keperluan Khas (CBK) yang diraikan... Muhammad Syahmi Asyraff dari Sek Keb Seri Budiman II, Kuala Terengganu serta Muhammad Fakhruddin bin Abdul Razak dari Sek Keb Sungai Lerek, Setiu. |
Sidang media sedang berlangsung......Syahmi duduk bersebelahan dengan MB cayalah. Syahmi |
Sekali-sekali YAB MB akan bertanya itu dan ini kepada kedua-dua (CBK) yang memperolehi keputusan 5A |
Peluang berbual dengan YAB MB Terengganu |
Memperolehi hadiah berupa wangtunai RM1000 , beg sekolah Converse serta peluang untuk bertemu dengan Saintis NASA yang akan diaturkan kemudian |
Autograph dari YAB MB Terengganu |
Makan semeja dengan beliau bersama ahli keluarga...... |
Kejayaan tidak datang bergolek, usaha harus dilakukan oleh semua pihak terutamanya ibubapa bagi membantu anak istimewa kita. Bangunlah semua, bukakan mata, berilah peluang pada golongan ini kerana mereka juga berkemampuan jika mendapat sokongan semua peringkat.
Namun, kita harus ingat bahawa tidak semua autisme yang mempunyai kebolehan intelektual. Pada ibubapa yang mempunyai anak-anak autisme yang severe terutamanya, pengorbanan kalian memelihara insan yang telah dijanjikan syurga itu seolah-olah mengheret kalian bersama ke pintu syurga. InshaAllah, mereka akan memimpin kalian ke sana yang kekal abadi. Bertabahlah ibubapanya, mereka merupakan amanah dari-Nya, sementara hayat kita masih ada....
Perjalanan masih jauh buat mu anak ku....Syahmi |
No comments:
Post a Comment