Pejam celik, pejam celik Aidil Adha pula menjengah. Hari besar umat Islam seluruh dunia. Hari yang diadakan penyembelihan haiwan ternakan terutamanya lembu yang menjadi spesies haiwan pilihan nombor 1 orang Islam di negara ini.
Diawalkan solat sunat raya bagi memberi peluang ibadah korban dilaksanakan. Maka selepas solat sunat Aidil Adha, di setiap sudut kampung dan bandar kita akan dapat melihat kelompok orang ramai melakukan penyembelihan ini untuk diagih-agihkan kepada golongan yang memerlukan.
Disebalik ibadah ini, kita seharusnya menginsafi erti pengorbanan yang sebenar-benarnya. Keikhlasan melakukan pengorbanan merupakan perkara yang utama dituntut. Begitu juga pengorbanan ibubapa dalam mendidik anak istimewa. Biar jiwa dan raga terkorban, demi si anak kita harunginya juga.
Semoga ibadah kita semua diterima-Nya....aamiin

No comments:
Post a Comment