Bukan Lawyer....Bukan Doktor |
Bukan Lawyer...Bukan Doktor. Matlamat kami, hanya mahukan si anak hidup berdikari manakala kecemerlangan akademik merupakan perkara ke 2. Tidak bermakna menggenggam 'A' kalau hidup masih bergantung pada orang lain sepenuhnya. 'A' hanyalah sebagai bonus dalam memperkatakan tentang pencapaian anak istimewa autisme.
Awal-awal lagi kami berjuang untuk membebaskan anak istimewa kami dari diapersnya. Walau agak lewat dari anak tipikal, namun kami tetap berusaha supaya anak kami sama seperti anak tipikal yang lain. Kenapa? Untuk menjadikan si anak berdikari supaya dapat menguruskan dirinya. Supaya mereka sama seperti anak tipikal yang lain.
Keupayaan Sendiri.... |
Kami memikirkan masa depannya. Jika ibubapa masih ada, InshaAllah nasib mereka lebih terbela. Tapi apabila kami telah tiada, pada siapa lagi mereka hendak bergantung? Bolehkah diharap kepada adik beradiknya?
Seharusnya mereka diberi peluang berada dalam masyarakat yang prihatin terhadap nasib golongan ini. Berikan mereka ruang dan peluang, mereka perlu diberi tunjuk ajar. Mulakan dari usia kanak-kanak mereka lagi kerana ia dapat membentuk keupayaan mereka yang sebenar.....InshaAllah
No comments:
Post a Comment