14 days to go....Syahmi akan menghadapi exam akhir tahun. Kena banyak kerja ni. 14 hari nak cover semua subjek. Huhuhu...menangis tak berlagu dibuatnya. Saya terpaksa melakukan usaha tarikkk...lepas, tarikkk...lepas (umpama main layang-layang). Maksudnya panggil dia buat latihan....kemudian lepaskan semula dengan minat dia menghadap gadgetnya. Nak fokus pada pelajaran 100%...tak munasabah rasanya.
Saya tak risau dengan subjek Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan lain-lainnya. Saya risau amat dengan pretasinya dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu. Dari peringkat rendah lagi, subjek ini masalah besar baginya. Terutama latihan amali. Mengetuk paku, memotong kayu, menggunakan alatan di bengkel yang pelbagai dan ada yang menghasilkan bunyi yang menggerunkannya.
Gergaji Jig alat pemotong kayu yang mengeluarkan bunyi yang kuat....tentunya Syahmi tak boleh tahan.... |
Aktiviti yang menjadi masalah besar Syahmi..... perlu dibimbing lagi |
Topik yang ini lagi memeningkan kepala si anak, Jahitan....huhuhu |
Banyak agenda yang tidak kurang pentingnya terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Anak lebih penting dan memerlukan kita sebagai pendampingnya. Termasuklah memahamkan dia dengan topik-topik pembelajaran yang masih belum dikuasainya. Jangan lupa, sebagai 'pententeram'nya juga.
Kekadang sebagai ibubapa, saya sering memikir bagaimana anak autisme hendak menyesuaikan dirinya dalam kelas biasa. Sedangkan guru-gurunya hanya guru biasa yang tidak arif tentang keperluan anak istimewa. Nak diluahkan, takut dikatakan kita ibubapa yang banyak kerenah. Pada siapa hendak kita suarakan....cakap salah, tak cakap pun salah. Itulah dilema anak istimewa bila digandingkan dengan yang tipikal. Ramai yang menganggap anak istimewa ini telah 'cure' sepenuhnya bila ditempatkan di aliran perdana. No no no no no....jika benar-benar sembuh, apa perlunya si anak memegang kad OKU?
Selagi terdaya, saya akan cuba bantu anak saya sebaik mungkin. Jangan pandang pada anak-anak tipikal yang cemerlang prestasinya (jeling sikit-sikit dibolehkan supaya anak kita tidak terlalu ketinggalan). Pandang pada anak-anak istimewa lain yang jauh lebih sukar membimbingnya. Baru hati rasa tenteram, legaaaaaa.....Selamat Berjuang Ibu.....wish untuk diri sendiri.
No comments:
Post a Comment