Dulu kira-kira 35 tahun yang lepas, saya hanya bertemu dengan terma-terma yang begini ketika saya di Tingkatan 4 (maaf kalau saya tersilap). Budak-budak era millenium kini, Tingkatan 1 telah mula diperkenalkan dengan ALGEBRA. Pembolehubah yang diwakili oleh simbol huruf-huruf, biasanya a,b,c,x,y,z dan sebagainya.
ALGEBRA diasaskan oleh tokoh Islam ternama Al-Khwarizmi yang kini istilahnya terus digunapakai oleh seantero dunia. Perkataan ALGEBRA itu sendiri berasal dari perkataan Arab, al-Jabr yang bermaksud penyempurnaan. Terbukti Islam mampu melahirkan cerdik pandai dalam bidang Matematik.
Muhammad Ibn Musa Al-Khwarizmi (1780-1850) |
Kalau Peratusan, Perpuluhan, Pecahan, Poligon, Syahmi masih boleh follow dengan mudah. Tapi bila masuk ALGEBRA sedikit kompius nampaknya. Masalah keturunan tu, sebab saya pun pernah lalui pengalaman yang sama.
Dulu-dulu, mak ayah tidak kisah tentang pembelajaran anak-anak. Jadi, mak ayah kebanyakannya tidak tahu menahu tentang masalah yang dihadapi oleh anak mereka dalam pembelajaran, malahan anak-anak sendiri yang perlu berinisiatif untuk mencari penyelesaian seperti bertanya kawan. Kelas tuition tidak begitu popular dulu, hanya anak-anak orang berada sahaja yang mampu untuk menyertainya. Namun tidak dinafikan 'produk' zaman dulu lebih berkualiti kerana kejayaan dicapai atas usaha sendiri. Tidak perlu 'disuap' seperti kebanyakan pelajar generasi kini.
InshaAllah....pelan-pelan kayuh Syahmi. Kita mulakan dari basic dulu, ibu juga boleh menajamkan minda yang kelihatannya kian mengarat. Maklumlah, usia dah hampir ke separuh abad. Sebelum hari peperiksaan, akan ibu pastikan ALGEBRA telah berada 'dalam tangan' Syahmi dan 'dalam tangan' ibu juga.
Walau kamu bukannya Al-Khawarizmi, tapi ibu percaya Syahmi juga mampu dengan usaha dan keizinan-Nya...aamiin
Mudah kan??? |
No comments:
Post a Comment