Pages - Menu

Monday, January 11, 2016

Hello...Hello....



Hello....Hello......

Jam di dinding 9.50am. Handphone berbunyi lalu sayup-sayup kedengaran suara si anak, "Hello...hello. Syahmi ni, saya nak balik rumah ibu, saya sakit perut." Semenjak semalam lagi kami anak beranak mengalami cirit-birit kerana keracunan makanan agaknya.

Setelah dua kali 'melepas' di waktu kelasnya, si anak memberanikan diri memberitahu Ketua dan Guru Kelas tentang keadaannya dan meminta izin untuk balik ke rumah. Kemudian si anak ke Pejabat sekolah untuk mengisi borang sebagaimana yang dikehendaki sebelum pulang ke rumah. Sebelum itu, sempat juga dia meminta keizinan Guru Kelasnya untuk menggunakan handphone bagi menghubungi ibu.

Pengalaman anak istimewa bersekolah di aliran perdana  amat berharga kerana ia dapat mengajar anak ini berdikari. Biar kekadang menjadi bahan tatapan sinis, ejekan dan sebagainya, namun dalam masa yang sama si anak dapat belajar menyesuaikan diri di kalangan insan-insan tipikal.

Sesungguhnya setiap detik merupakan pengalaman berharga buat si anak......


Syahmi


No comments:

Post a Comment