Pages - Menu

Saturday, January 16, 2016

Sensory Brush/Therapressure Brush


Mereka yang mengalami autisme akan menghadapi masalah dalam bertindakbalas dengan rangsangan deria. Ada diantara mereka yang mengalami masalah dengan deria sentuhan, bau dan sebagainya. Jika mengalami masalah dengan deria sentuhan contohnya bagi yang sangat sensitif terhadap bahan-bahan yang diperbuat daripada produk kapas, maka mereka akan mengelak untuk dipakaikan baju yang diperbuat dari bahan tersebut.

Bagaimana membantu mereka menangani masalah dengan deria sentuhan? Menurut Wilbarger Brushing Protocol cara penyelesaian adalah dengan melakukan teknik 'brushing'. Berus yang direka khusus untuk melakukan teknik ini, dikenali sebagai 'Sensory Brush' manakala 'Therapressure Brush' direka dengan saiz yang lebih besar, berbentuk oval bagi memberi kesesuaian dengan genggaman tangan serta mendapatkan hasil yang maksima. Berus ini diperbuat dari plastik yang sangat lembut sifatnya.


Therapressure Brush berbentuk OVAL

Teknik 'brushing' disyorkan untuk dilakukan setiap 2 jam sekali ketika si anak dalam keadaan sedar. 'Brushing' dilakukan ke atas bahagian permukaan kulit si anak secara 'deep pressure' bermula dari bahagian lengan hingga ke kaki. Elakkan tempat-tempat sensitif seperti di muka, dada, perut kerana ia boleh memberikan reaksi tidak diduga seperti termuntah.  Boleh dilakukan selagi ia memberi manfaat kepada mereka. Ini merupakan salah satu cara yang disyorkan bagi mengatasi masalah sensory anak-anak autisme.

Dikhabarkan teknik ini telah memberi input positif terhadap anak-anak yang mengalami autisme. Misalnya berkurangnya rasa takut/tidak selesa si anak ketika disentuh, meningkatkan daya fokus dan sebagainya.

Jom kita mencuba teknik ini. Lakukan sendiri di rumah, dan sama-sama nantikan hasilnya.


'Brushing Technique' 

No comments:

Post a Comment