Pages - Menu

Sunday, February 12, 2017

Berubah!


Jika kena dengan caranya, mereka juga mampu berubah kepada yang lebih baik. Mereka juga berkeinginan untuk menjadi seperti kita yang dikatakan 'sempurna'. Dulu, dia amat susah untuk melakukan kerja berat sedikit. Tapi kini, dia dah mahu mencuba. Cuma pujian kena diberi sebagai tanda penghargaan.


Kelmarin kami ke sini...Kolej Zaaba, UPSI, Tanjung Malim
(gambar ini di edit hingga menampakkan ubsur-unsur Misteri Nusantara- abaikannya)

Si Abang memulakan semester 2 pengajiannya di UPSI, Tanjung Malim. Bilik kediamannya nun jauh melangit di Tingkat 4, Kolej Zaaba. Seram dibuatnya. Bukan seram kerana 'hantu'. Tapi seram dengan ketinggian yang memerlukan tenaga yang banyak untuk menjejaki anak tangga hingga ke tingkat paling atas. Menggendong barang-barang keperluan Si Abang ke atas sana.


Senaman terbaik....naik turun tangga

Dua tiga kali turun naik tangga, Kebanjiran peluh akhirnya dia. Sekurang-kurangnya dia telah punya keinginan sendiri untuk meringankan beban Si Abang. Berbanding dengan dulu, Syahmi akan sentiasa mengelakkan diri dari membuat kerja berat begini.

Mungkin ini atas kesedaran dia yang banyak kekurangan jika dibandingkan dengan rakan-rakan di sekolahnya. Berlari jauh sikit, kepenatan, kejang kaki. Angkat benda berat sikit pun mengeluh. Dulu, saya tertanya-tanya sampai bila Syahmi hendak berubah? Lemah sangat kelihatannya,  hinggakan body posture pun agak membongkok. Apa tah lagi nak jadi Abang Sador....hihihi

Sampai masa mereka juga boleh memikir yang terbaik untuk meningkatkan keupayaan diri. Mereka juga mahu berubah. Alhamdulillah...



No comments:

Post a Comment