1:49 PM
April melabuhkan tirai dengan semangat baru. Mengembangkan sayap di pentas-pentas forum bagi memberi kefahaman kepada masyarakat tentang autisme.
Bukan mudah nak hadam cerita-cerita tentang dunia autisme, tapi cukuplah sebagai mempertingkatkan kesedaran masyarakat tentang keperluan golongan ini agar kehadiran mereka tidak dipinggirkan.
Diharap, kesedaran autisme di negara kita terus mendapat perhatian semua peringkat. Peduli masalah golongan ini, dapat membantu keluarga mereka juga yang terkesan dengan dugaan hebat ini kerana autisme merupakan 'hidden disability'.
|
Forum Fahami, Sayangi, Hargai anjuran KKM
Pasir Akar, Besut |
|
Terima kasih pada pihak yang memberi
kepercayaan kepada saya untuk menjadi salah seorang panel |
2:19 PM
|
Terima kasih pihak sekolah kerana memberi kepercayaan pada anak kami untuk memikul amanah dan tanggungjawab |
|
Syahmi terpilih menjadi seorang Pengawas Sekolah sesi 2019
(Syahmi, No 2 dari kanan) |
Bila pihak sekolah menghargai kehadiran anak istimewa, maka mudahlah perjalanan kehidupan anak istimewa kami di sana. Peluang dan ruang terbuka untuk dia menyerlahkan kemampuannya dalam mengharungi cabaran persekolahan bersama teman-teman yang tipikal.
Syukur alhamdulillah...Allah maha mendengar rintihan hamba-Nya kerana sesungguhnya Dia lebih mengetahui. Semoga Syahmi dapat memikul tanggungjawab ini dengan baik sebagaimana teman yang lain. Jangan lupa SPM 2019 kian menghampiri.
Teruskan usaha, ibu dan ayah bangga dengan kamu Syahmi...good job.
1:57 PM
|
Syahmi mengalami keadaan struktur kaki yang dipanggil 'Knock Knees' |
'Knock Knees' atau dikenali juga sebagai Genu Valgum dimana keadaan struktur kaki seseorang individu bertemu di bahagian lutut kemudian kaki kiri dan kanan menjauhi antara satu sama lain. Biasanya kita dapati keadaan ini berlaku pada kanak-kanak. Namun adakalanya ia juga berlarutan berlaku hingga ke dewasa.
|
Perbandingan antara struktur yang normal dengan yang
mengalami masalah 'Knock Knees' |
Keadaan ini sebenarnya memberi kesan kepada posture bahagian bawah tubuh seseorang. Jika keadaan berlarutan, akan mengakibatkan masalah sakit lutut yang akhirnya menghadkan pergerakan di masa hadapan. Sila dapatkan pandangan doktor pakar bagi membantu golongan ini.
Permasalahan ini timbul disebabkan beberapa faktor seperti obesiti, masalah sendi (rheumatoid arthritis), kekurangan vitamin D dimana menjurus kepada masalah rickets dan struktur tapak kaki ('flat feet'). Saya hanya ingin menyentuh tentang masalah 'Flat Feet' kerana Syahmi mengalami masalah ini.
Akibat dari struktur lengkungan tapak kaki yang rata ('flat feet'), tulang paha dan tulang kering akan terdorong memusing ke dalam dan memberi tekanan kepada kepada bahagian lutut dan akhirnya akan mengganggu kelancaran ketika berjalan. Banyak aktiviti fizikal terpaksa dihadkan bagi menyelamatkan keadaan dari menjadi serius. Terutama aktiviti yang melibatkan tekanan berlebihan kepada bahagian lutut seperti jalan itik.
Ibubapa seharusnya berhati-hati dalam pemilihan aktiviti si anak yang mengalami masalah 'Knock Knees'. Jika dibiarkan, kecederaan bahagian lutut sangat mudah berlaku. Di sekolah, kena maklumkan kepada guru-guru tentang permasalahan yang dihidapi oleh si anak supaya dapat mengelakkan dari berlakunya sebarang kecederaan yang tidak diingini. Pernah seorang doktor mengesyorkan Syahmi menggunakan insole bagi mengatasi masalah 'flat feet'.
Semoga informasi ini dapat dimanfaatkan. Wallahualam
6:34 AM
Bukan senang untuk melihat dia bersukan. Jarang-jarang sekali dia ingin turun padang jika tidak kerana terpaksa. Kali ini, dia sendiri yang minta dirinya diberi peluang untuk sama-sama menyertai sukantara di sekolah bersama rakan-rakan.
Dia bukannya pelajar yang aktif bersukan. Sejak kecil lagi dia jarang berlari ke sana ke mari secara aktif kerana mungkin atas faktor fizikalnya yang tidak membenarkan. Dia lebih kepada autisme yang hypo. Pergerakan terhad. 'Knock Knee', 'Flat Feet', merupakan masalah fizikal yang membezakan dia dengan rakan-rakan yang lain. Indoor game lebih sesuai untuk Syahmi sebenarnya.
Ibu terharu apabila berpeluang mengintai dari jauh melihat kamu di padang. Dalam keadaan demam, batuk dan selsema kamu terus mencuba bagi mendapatkan mata untuk rumah sukannya HIJAU. Alhamdulillah...akhirnya dapat juga dia beberapa mata dari beberapa acara termasuk lontar peluru, lompat jauh dan melontar cakera bagi menambah mata rumah. Good job Syahmi.
|
Syahmi dalam acara Lompat Jauh |
|
Tahniah Syahmi, kerana kamu mahu mencuba.
Bersemangat itu yang penting....
|
10:20 AM
Kelmarin dalam sejarah, Syahmi telah dilantik sebagai Pengerusi Kelab Aerospace sekolahnya. Wow...bolehkah dia memikul tanggungjawab ini?
Semoga dipermudahkan urusan buat anak istimewa kami untuk memikul tugas di bawah bimbingan guru-guru dan kerjasama kawan-kawan. Tahniah Syahmi, berusahalah untuk menjalankan amanah dengan baik.
|
Ahli Jawatankuasa Kelab Aerospace 2019 |
|
Pemilihan diadakan kelmarin |
|
AJK bersama guru penasihat Kelab Aerospace |
10:36 PM
Selamat tahun baru 2019 buat semua pengunjung blog Autism A Gift From Heaven. Semoga kita semua terus kuat menghadapi cabaran dalam pendidikan anak istimewa. Perjalanan masih panjang. Syahmi akan berada di Tingkatan 5 tahun ini. SPM menanti hujung tahun nanti.
Pasti Syahmi lebih sibuk dengan pembelajarannya. Semoga dia tidak jemu berusaha, kejayaan tidak datang bergolek pastinya. Semoga Syahmi beroleh kejayaan...aamiin
|
Happy New Year |
8:31 PM
|
Posting melalui fb hari ini, 25hb Dec 2018 |
|
Result final year Syahmi di Tingkatan 4 |