اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, December 31, 2014

Ke Mana Arah Tuju Kamu Nanti....


Jom Ke Sekolah....

2015 makin dekat, ke mana arah tuju persekolahan kamu nanti? 5A telah digenggam, Kafa 8A, Ujian bertulis kemasukan ke sekolah-sekolah agama negeri juga dengan markah 96. Saya tidak membuat permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh untuk anak istimewa saya kerana saya tahu dia belum berkemampuan untuk berdikari sebagaimana anak-anak tipikal yang lain. Saya hanya memohon kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Kawalan di Terengganu.


Zaman sekarang ibubapa kena celik IT. Segala permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kawalan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Kelas Rancangan Khas, semuanya diisi secara online. Tanpa pengetahuan tersebut, anak kita pasti akan ketinggalan. Setelah disemak keputusannya baru-baru ini, menyatakan Muhammad Syahmi Asyraff , No Angka Giliran : TA0671049 TIDAK BERJAYA memasuki samada Sekolah Kawalan, Kelas Rancangan Khas juga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.


Ujian datang lagi! Digagahi juga kaki menuju ke JPN untuk mendapatkan borang rayuan. Entah di mana silap agaknya, permohonan kami untuk menempatkan si anak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama tidak diterima. Begitu juga sekolah-sekolah kawalan yang lain. Dimaklumkan juga, 2 orang pelajar berkeperluan khas yang lain juga gagal dalam permohonan yang sama. Namun pihak JPN Terengganu sedang berusaha untuk membantu insan-insan istimewa ini.


Namun saya masih tertanya-tanya, DIMANAKAH SILAPNYA? Adakah si pemegang amanah terlupa menjalankan amanahnya, atau adakah ibubapanya yang terleka di mana-mana, atau hanya kerana faktor kekhilafan antara kita yang hanya manusia biasa.....




6 comments:

syida said...

alahaiii siannya syahmi...inilah antara cabaran ibubapa & anak2 berkeperluan khas ni..sedangkan yang bijak macam syahmi pun sukar mendapat tempat..inikan pula yang biasa2 atau yg severe..Allah..

usaha dan tawakal ye abg/kak long, ada rezeki tak kemana insyaAllah..

Smsaroni said...

mmg sedih bila org yg sepatutnya diberi amanah gagal melaksanakannya...penyu menangis siapa yg tahu....huhuhu

Anonymous said...

Alhamdulilah serta tahniah buat kak dan syahmi.. tersentuh saya dgn kesabaran akak, semoga semangat dan ketabahan akak menjadi pendorang bagi kami utk mendidik anak2 syurga kami..

Smsaroni said...

terima kasih...semoga kita semua lebih kuat menempuhi cabaran supaya nasib anak2 istimewa terbela...aamiin

Anonymous said...

terima kasih atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang sangat berharga dan memberi motivasi kepada saya
dulu syahmi dihantar ke taska mana di Bandar kuala terengganu

Smsaroni said...

Maaf, sbb lewat jawab.Sibuk mendaftar anak ke sekolah. Sebenarnya Syahmi lewat bersekolah sbb saya lewat detact anak saya mengalami autisme. Saya daftar anak ke tadika biasa, kemudian selepas seminggu anak saya direject dan diarahkan utk membuat pemeriksaan lanjut di hospital HSNZ. Sepanjang umurnya 5 thn saya berulang alik ke hospital utk mendapatkan hasil diagnosa. Tiada tadika yg mahu menerimanya ketika itu. Setelah confirmation diperolehi, bulan Sept kalau tak silap, saya daftar Syahmi ke Pendidikan Khas dan mula belajar pd tahun hadapannya iaitu ketika usianya 6 thn di Pra PPKIBP. Sementara itu, saya mengajar melalui pengetahuan yg diperolehi di internet utk membantu Syahmi sambil mendpt pengetahuan dr setiap pertemuan dgn pakar di hospital.Alhamdulillah setahun di Pra PPKIBP, anak saya diinklusfkan ke Thn 1 di mainstream.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...