![]() |
| Minat mengatasi segalanya! |
Tidak minat melukis, tidak bermakna langsung tidak boleh melukis secara keseluruhannya. Mungkin motif-motif tertentu seperti bunga-bungaan bukan menjadi pilihannya. Tapi kerana minat terhadap sains angkasa, sesuatu yang mustahil menjadi nyata.
Segala yang berada di minda sering diterjemahkan dalam buku contengannya. Hampir setiap hari jika ada waktu kelapangan semasa di sekolah, pasti Syahmi akan melukis tentang minatnya. Ada saja lakaran-lakaran yang menarik untuk kita teliti dengan penuh takjub. Bagaimanakah agaknya minda insan istimewa ini dapat menterjemahkan sehalus-halusnya minat mereka? Tidak tercapai rasanya akal anak-anak nomal lain yang seusia dengannya!
![]() |
| Dapatkah kita insan normal mengingati sesuatu sebegini detail? |
Inilah antara lakaran-lakaran yang dapat saya selongkar dari buku contengan anak autisme ini. Minatnya tentang sains angkasa membuatkan kita terkial-kial untuk menjawab persoalan yang dikemukakan olehnya. Baru disedari betapa lemahnya si ayah walau hanya dibandingkan dengan si anak istimewa ku, Syahmi. Apatah lagi aku di sisi Mu ya Allah!

.jpg)
.jpg)



.jpg)





