اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, December 7, 2011

Guru Cemerlang Memberi Harapan Pada Anak Istimewa


Sek Keb Seri Budiman II

   Walaupun sekarang kita masih dalam mood cuti sekolah, rasanya tidak salah jika kita hendak membincangkan tentang dunia persekolahan. Bagi Syahmi yang kini bersekolah di Tahun 3 Al Ghazali, Sek Keb Seri Budiman II, Kuala Terengganu berasa amat bertuah kerana telah diberi kesempatan untuk berada di kelas aliran perdana seperti anak-anak normal yang lain.

   Di negara kita, anak-anak istimewa (masalah pembelajaran) yang mempunyai keupayaan dalam pelajaran adalah berpeluang untuk menyertai kelas di aliran perdana secara inklusif di sekolah-sekolah harian kerajaan. Mereka harus bersaing dengan pelajar normal yang lain walaupun terdapat kekangan semulajadi yang ada apa diri masing-masing yang harus diatasi atas bantuan guru-guru dan rakan-rakan.


Kelas 1 Al Ghazali

  Syahmi antara pelajar istimewa berkenaan yang telah melalui masa-masa kesukaran terutamanya di awal-awal zaman persekolahannya iaitu ketika berada di Tahun 1. Dari Kelas Pra Pendidikan Khas, anak ini telah didedahkan ke Tahun 1 Al Ghazali di aliran perdana. Jika di Kelas Pra Pendidikan Khas Syahmi hanya mempunyai teman sekelas seramai 6 orang...tetapi di kelas aliran perdana, Syahmi terpaksa bergaul dengan pelajar seramai 35 orang yang penuh dengan pelbagai gelagat dan ragam.


  Sebarang perubahan dari rutin harian akan membuat penghidap autisma merasa tidak selesa. Begitu juga Syahmi yang terpaksa mengharungi perubahan demi perubahan bagi membiasakan diri dengan pendidikan di aliran perdana. Penghargaan yang tidak terhingga harus diberikan kepada salah seorang guru pendidikan khas yang sangat komited dengan tugasnya ketika itu (tahun 2009), iaitu Teacher Hua Hwee Ling. Beliau adalah pendidik yang berkhidmat di Sek Keb Seri Budiman II dimana telah diamanahkan untuk membimbing Syahmi bagi menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran bersama-sama anak-anak normal di aliran perdana.
  
  Atas usaha beliau yang tidak pernah jemu melayan tangis dan kerenah Syahmi yang akhirnya sedikit demi sedikit dapat menyesuaikan diri untuk berada di kelas aliran perdana secara inklusif. Penat lelah serta jasa guru ini tidak dapat dilupakan. Perbezaan agama dan bangsa tidak menjadi sempadan kepada beliau untuk mencurahkan bakti.

Syahmi - 1 Al Ghazali 2009

  Sayangnya guru yang sangat berdedikasi ini telah bertukar ke sekolah lain yang lebih memerlukan khidmatnya ketika Syahmi memulakan pelajarannya di Tahun 3 Al Ghazali iaitu pada Januari 2011. Pertukaran guru yang disayangi ini amat dirasai, terutamanya bagi kami ibubapa dan lebih-lebih lagi bagi anak didik beliau, Syahmi. Namun usaha harus diteruskan untuk masa depan Syahmi.


Teacher Ling yang menjadi kesayangan anak-anak muridnya...

  Semoga lebih ramai lagi pendidik seperti Teacher Hua Hwee Ling dapat dilahirkan dalam sistem Pendidikan Khas negara kita. Harapan yang menggunung dari kami ibubapa serta anak istimewa kami kepada golongan pendidik yang berkaliber sepertinya akan memberi sinar baru dalam kehidupan. Jasa mu tetap dikenang....bakti mu menjadi sanjungan..

3 comments:

Anonymous said...

Guru2 terlatih yg sentiasa berdamping dgn anak2 autisma hakikatnya lebih memahami situasi sebenar anak2 autisma dr pihak2 yg mempunyai pengetahuan secara teori sahaja...

Anonymous said...

sukar memahami kehendak insan autisic sbb mereka berada di dalam tahap yg berbeza antara satu sama lain, ada yg serius dan ada yang mild sahaja.Ibubapa kena lebih alert tentang perkembangan anak2 kecil masing2.

Anonymous said...

Redha dgn anugerah Allah secara positif....ada hikmah di sebalik segalanya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...