Cepatnya masa berlalu....14 tahun berulang-alik menghantar mahupun mengambilnya dari sekolah akhirnya Syawal Aiman menamatkan pembelajaran Tingkatan 5 dengan berakhirnya menjawab soalan Kertas Biologi (SPM) pada jam 3.30pm, 27hb Nov 2013 yang lalu.
Syawal Aiman ketika berusia 6 tahun di Tadika St Theresa, Kuala Terengganu |
Syawal Aiman, abang kepada Syahmi Asyraff adik yang istimewa autisme. Jarak umur antara keduanya 6 tahun. Dalam banyak hal mereka tidak seirama mungkin kerana faktor usia, namun mereka tetap adik beradik. Kasih sayang tidak akan hilang maklumlah sedarah sedaging.
Senyum lebar, menamatkan pembelajaran di Tingkatan 5 (SPM)... |
Terimalah hakikat bahawa suatu masa nanti, kita semua akan sendirian juga. Jika ada 10 anak sekali pun, tidak selama-lamanya mereka akan berada di sisi kita. Mereka juga ada kehidupan masing-masing yang harus dibina. Semoga mereka sentiasa 'ingat' pada orang tuanya walaupun kita telah bersemadi di sana.
Dulu 2007....Syawal dan Syahmi |
Semoga kedua-dua anak kami, Syawal Aiman dan Syahmi Asyraff menjadi anak yang soleh untuk mendoakan kesejahteraan kami baik di dunia mahupun di akhirat kelak....aamiin
Sekarang 2013....Syawal dan Syahmi Yang pasti, lambat laun kita akan sendirian juga. Tiada anak, tiada suami/isteri, tiada saudara mara yang akan menemani kecuali amalan kita di dunia. |
No comments:
Post a Comment