Syahmi kurang beraktiviti, kurang melakukan senaman, jarang sekali nampak dia berpeluh kerana sebahagian besar masanya hanya menghadap lappy. Tubuh yang semakin berisi, stamina semakin menurun, nafas semakin pendek antara gejala yang terang lagi bersuluh apabila asyik memerap di rumah.
Cuti sekolah kali ini, ayuh kita turun gelanggang!
Kadang-kadang kena, kadang-kadang servis angin.... |
Tunduk, bangun mendapatkan bulu tungkis.....baru berpeluh |
Kekadang boleh membalas servis dengan baik dan kekadang pula terus menuju ke atap rumah jiran...hehehe |
Sebulan lebih cuti sekolah kali ini, tentu Syahmi mempunyai kelapangan untuk melakukan aktiviti mengeluarkan peluh disamping mampu menguasai permainan badminton dengan lebih baik. Meningkatkan tahap koordinasi, keseimbangan, kelenturan dan aspek jasmani yang lain disamping membina minda yang cerdas.
Semoga langit di Batu Buruk ini, tidak mendung berpanjangan supaya kami penduduknya dapat menikmati aktiviti luar rumah dengan selesa....In sha Allah.
0 comments:
Post a Comment