Pantai yang bersih dengan pasir yang memutih... |
Perkhemahan di Pusat Kokurikulum JPNT, Pulau Redang sangat mencabar, sukar, menguji kematangan anak-anak sebenarnya. Pertama kali menyertai program yang sebegini, membuatkan Syahmi mengalami kejutan kerana kurang bersedia. Bergelut dengan masalah sensory, anxiety menyebabkan si anak tewas sebelum berjuang. Melihat pada keadaan kediaman yang kekurangan kemudahan dan serba sederhana membuatkan Syahmi awal-awal lagi menangis hendak pulang ke rumah.
Penginapan serba sederhana.....berlatarbelakangkan bukit yang dikelilingi flora dan fauna termasuklah monyet-monyet yang berkeliaran |
Nasib baiklah ibu pun turut serta dalam rombongan perkhemahan tersebut dan lebih arif untuk menangani masalah kamu. Ditunjukkan cara-cara untuk berkongsi bilik air dengan semua peserta, bertindak pantas untuk segera berada di lokasi dimana aktiviti dijalankan juga mengatasi situasi luar jangkaan dimana suatu ketika terputusnya bekalan air di tempat penginapan. Akhirnya Syahmi boleh menerima keadaan kesukaran tersebut dengan muka yang mencuka. Redha dalam keterpaksaan...hihihi
Berdikari menyenduk sendiri makanan, kemudian mencuci pinggan dan gelas masing-masing |
Berkumpul untuk mendengar taklimat serta mengaminkan doa agar semua aktiviti berjalan lancar |
Bangun seawal 5.15am untuk mandi lebih awal dari rakan-rakan yang lain. Segera ke surau untuk bersolat subuh. Kemudian 7.00am bergegas ke tapak perhimpunan bagi mendengar taklimat. Seterusnya, makan pagi beramai-ramai. Aktiviti bermula kira-kira jam 8.30am dengan acara snorkelling. Jika anda semua berada di Pulau Redang, maka janganlah memikirkan hal-hal selain dari meneroka alam marine. Tiada yang menarik berkenaan Pulau Redang selain dari alam marinenya yang masih terpelihara. Tidak perlu membawa pakaian yang pelbagai, cukup sekadar pakaian yang sesuai untuk berada di air berjam-jam.
Menaiki bot untuk ke destinasi Taman Laut, Pulau Redang bagi aktiviti snorkelling tepi pantai.... |
Suasana di Taman Laut, Pulau Redang.... |
Enggan menggunakan peralatan snorkelling, kerana masalah sensori, enggan menggigit goggle, seperti hendak termuntah ...... |
Alam marin di Pulau Redang.... |
Menikmati pengalaman yang menakjubkan....... |
Spesies ikan yang berwarna-warni....cantik.... |
Kehidupan di Pulau Redang bukan seperti kita di sini. Hanya beberapa kenderaan yang digunapakai oleh penduduk. Van, bas mini, kereta terpakai, motorsikal menjadi pengangkutan utama penduduk setempat. Jika kelihatan van mahupun bas mini yang canggih sedikit, tentulah ia dimiliki oleh resort-resort ternama untuk mengangkut para pelancong yang datang menginap di sana.
Perbelanjaan agak tinggi semasa di Pulau Redang, harga air mineral naik 100% jika dibandingkan dengan kita di tanah semenanjung. Ketika kami berada di sini, hanya van-van uzur juga lori 1 tan yang disediakan untuk mengangkut guru-guru dan pelajar ke lokasi aktiviti. Kita harus memahami budget kecil untuk anak-anak sekolah tidak mampu untuk menampung kos pengangkutan yang tinggi.
Syahmi pun berpeluang menaiki lori beramai-ramai.... |
Sama rasa, samada guru atau anak-anak murid menaiki kenderaan yang sama..... |
Menggunakan lori 1 tan sebagai pengangkutan utama..... |
Hari terakhir kami di sana, diadakan juga perlawanan bolasepak persahabatan antara SKSB II dengan Sek Keb Pulau Redang. Walaupun sekolah SKSB II hanya diwakili oleh beberapa orang pemain sekolah sementara yang lainnya hanyalah pemain bidan terjun, keputusan seri mampu melegakan keseluruhan kami. Sepakan penalti telah memberikan kemenangan kepada pasukan lawan dengan keputusannya SKSB II tewas 2-4.
Syahmi (kiri) menyaksikan rakan-rakannya beraksi di padang.... |
Wajah berseri-seri untuk kembali ke rumah... |
Berjalan menuju ke Jetty Pulau Redang bagi menaiki feri untuk pulang semula ke Kuala Terengganu |
Tujuan utama perkhemahan, bagi membina kematangan anak-anak supaya dapat berdikari menempuhi cabaran dalam kehidupan. Bukan senang untuk melatih anak-anak masa kini dengan suasana kepayahan seperti mandi berkongsi bilik air beramai-ramai, mencuci pakaian sendiri dan sebagainya. Bagaimana pula keadaan anak autisme saya semasa di sana?
Saya dapati dia mempunyai keinginan untuk bersama rakan-rakannya. Cuma dengan kekangan yang ada, kekadang rakan-rakan sukar menerima kehadirannya dalam kelompok tersebut. Topik yang menjadi minat anak autisme dengan anak-anak tipikal amat berbeza. Perbualannya juga tidak setara dengan rakan-rakan seusia. Rakan-rakan boleh berjenaka dengan hilai tawa, tapi si anak autisme agak terkebelakang untuk memahami sesuatu maksud yang diperbualkan rakan-rakan.
Keinginan tetap ada untuk bersosial dengan rakan-rakan..... |
Membeli cenderahati untuk Guru Kelas dan Guru Pendampingnya... |
Keletihan yang berbaloi-baloi demi masa depan kamu.... (perjalanan pulang menaiki feri) |
Apa-apa pun, saya gembira anak saya dapat menyertai program ini dan balik dalam keadaan selamat. Pengalaman yang seumpama ini sukar untuk diperolehi. Kecil pencapaian si anak, besar maknanya bagi saya.....alhamdulillah. Terima kasih cikgu-cikgu atas kerjasama yang diberikan. Tahun depan Syahmi akan naik ke Tingkatan 1 dan meninggalkan pelbagai kenangan manis semasa di SKSB II.
Kepada Cikgu Aniza, Cikgu Nurliza, Sir Saiful yang tidak secara langsung menyumbang kepada gambar-gambar indah anak-anak SKSB II di Pulau Redang juga cikgu-cikgu yang lainnya, budi baik anda akan tetap dikenang sampai bila-bila......terima kasih.
Keseluruhan peserta perkhemahan termasuk 7 orang pelajar PPKIBP |
2 comments:
salam boleh tahu tak macam mana nak booking tmpt ni ya?ada nmbr tlefon or email tk?
Wslm...setahu saya tempat ni utk Jabatan Pendidikan shj, maknanya sekolah2 shj yg boleh booking.
Post a Comment